SERAMAI lebih 800,000 warga emas berusia 60 tahun ke atas masih lagi belum menerima dos penggalak setakat hari ini.
Jumlah tersebut dilihat membimbangkan kerana kes kematian akibat COVID-19 banyak tertumpu kepada golongan warga emas itu terutama yang belum menerima dos penggalak.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam ciapan di akaun Twitter miliknya, hari ini.
Menurut Khairy, golongan berisiko tinggi perlu dilindungi dengan mendapatkan dos penggalak lebih-lebih lagi dalam fasa peralihan ke endemik ketika ini.
“864,450 warga emas berusia 60 tahun ke atas masih belum menerima dos penggalak.
“Kes kematian sekarang banyak tertumpu kepada golongan tersebut terutama yang belum menerima dos penggalak.
“Dalam fasa peralihan ini, kita harus melindungi golongan yang berisiko tinggi seperti orang tua kita. Bawa mereka dapatkan dos penggalak,” katanya dalam ciapan itu.
Baca artikel berkaitan: Bilangan kanak-kanak yang divaksin, meningkat lebih dua kali ganda dalam 24 jam
Berdasarkan infografik yang dikongsi Khairy, jumlah kematian per 100,000 penduduk di Malaysia merekodkan kadar tinggi bagi golongan warga emas dalam tempoh seminggu lalu.
Sebanyak 3.4 kematian dikesan bagi kumpulan umur 60 hingga 69; 8.5 antara 70 hingga 79 dan 31.7 bagi kumpulan usia 80 tahun ke atas.
Jumlah tersebut lebih tinggi dalam dua ke tiga minggu lalu.
Sementara itu, Khairy turut mengingatkan orang ramai untuk menjaga kesihatan dan berwaspada semasa tempoh fasa peralihan ini.
Beliau juga meningatkan umat Islam agar sentiasa memakai pelitup muka ketika menunaikan solat di masjid dan surau.
“Alhamdulillah masjid mula penuh untuk solat berjemaah. Terus pakai pelitup muka dengan cara yang betul.
““Memakai pelitup muka dengan betul terutama dalam kawasan tertutup dengan pengudaraan yang baik sangat penting untuk menangani COVID-19,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

