Sedapnya sambal bilis garing. Ikut tip ini untuk dapatkan bilis yang garing dan cantik

Dari Penulis

Sambal bilis garing antara menu yang ‘merosakkan’ diet kerana keenakannya yang sukar nak digambarkan. Hanya berbekalkan nasi panas, cukuplah dua padanan ini.

Sesuai dijadikan bekalan untuk anak-anak di asrama dan lauk berbuka dan sahur, jom kita belajar cara untuk menyediakan sambal bilis garing ‘berhantu’ ini.

Cara :

Ikan bilis halus dan jenis yang tidak masin.
Goreng bilis sehingga garing

Tips :-
Goreng dengan minyak yang banyak dan semasa minyak betul-betul panas baru gorengkan bilis ini. Gunakan api yang paling besar untuk mendapat bilis yang garing dan cantik.
Gunakan campuran cili kering yang kurang pedas dan cili kering yang gemuk dan pendek.
Buang biji, basuh dan jemur sehingga betul-betul kering. Cili yang betul-betul kering akan menghasilkan sambal yang cantik.
Sukatannya: cili kurang pedas lebih banyak dari cili gemuk.
Gorengkan cili dengan sedikit minyak sehingga cili menjadi garing. Gunakan api yang kecil. Hati-hati jika silap langkah, cili akan hangus.
Masukkan cili ke dalam food processor bersama-sama dengan gula halus dan kiub ikan bilis. Kisar kering tanpa air.
Panaskan minyak tapi tak perlu tunggu minyak sehingga terlalu panas. Dikhuatiri sambal akan menjadi hangus.
Masukkn cili yang dikisar tadi. Gunakan api yang kecil. Masak seketika. Boleh masukkan serbuk perasa hilal atau seangkatan dengannya.
Sejukkan sambal dahulu. Jika cili kita cukup kering dan digoreng garing sambal akan kelihatan cantik dan halus sambalnya.

Pssssttt… cili dalam gambar ini kurang kering dan kurang garing. Tu nampak tekstur sambal agak sedikit kasar . Setiap manusia pasti ada kesalahan yg dilakukan. Maafkan mummy nak…
Bila sambal dah betul-betul sejuk, gaulkan dengan bilis garing tadi. Gaul rata. Simpan di dalam balang yang kering dan kedap udara. Sambal ini boleh tahan berbulan-bulan jika kita kekalkan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba semua.

Sumber : CikAyu Masfaliza Ab Jaafer


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lebih 14,900 penerima di enam negara nikmati manfaat Program Ihsan Korban

Semangat pengorbanan Aidiladha terus diterjemahkan melalui misi kemanusiaan apabila Pertubuhan Ihsanku Malaysia (Ihsanku) berjaya menyantuni lebih 14,900 penerima di...

More Articles Like This