PASANGAN selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha enggan terlalu bersikap tegas atau garang sebagai jalan untuk membesarkan anak-anaknya.
Sebaliknya, mereka percaya setiap ibu dan bapa mempunyai cara-cara tersendiri dalam mendidik anak-anak.
“Anak-anak takut dengan kami terutama saya. Kalau saya naik suara sedikit, mereka memang tak akan buat benda yang ditegah.
“Tapi, saya percaya apabila bercakap tentang ‘parenting’, masing-masing ada cara tersendiri. Saya tak rasa cara saya paling terbaik,” kata Hairul kepada URTV.
Sementara itu, bagi Hanis pula, dia sedar ada sesetengah pihak beranggapan cara dirinya mendidik anak-anak dilihat terlalu berlembut.
“Saya macam tak bersetuju kalau orang kata ‘oh lembutnya apa semua kan’. Saya macam ‘eh jangan’, sebenarnya, bukan lembut kita tak garang tapi kita tegas.
“Kena tegas jugalah sebab nak didik anak sebenarnya. Jangan rasa saya lembut-lembut sangat sebab sebenarnya, saya tegas tapi cara saya bercakap mungkin lembut.
“Kalau tak boleh makna, memang tak boleh. Itu pendekatan saya terhadap anak-anak,” ujar Hanis.
Hairul dan Hanis memiliki dua orang anak iaitu, Yusuf Iskandar, 6, dan Alisa Aisyah yang kini berusia tiga tahun.
Dalam pada itu, berbicara tentang gelagat Yusuf yang sudah mula berpasa pada Ramadan kali ini, kata Hairul, anak sulungnya itu hanya mampu berpuasa sheari meskipun mereka tidak memaksa untuk anaknya berbuat demikian.
“Mungkin sebab dia (Yusuf) tengok kita puasa dan itu membuatkan dia teringin nak puasa.
“Tapi macam apa-apa berkaitan solat atau puasa, kami tunggu dia bersedia sendiri sahaja.
“Tidaklah nak paksa-paksa. Dia berpuasa penuh sehari pada hari ketujuh Ramadan. Waktu berpuasa, adiknya, Alisa ‘offer’ makanan. Kasihan (Yusuf) tapi dia duduk diam sahaja tapi berjaya puasa sehari,” ujar Hanis.
Dalam perkembangan lain, Hanis,31 diumumkan sebagai duta rasmi Innersejuk dan bersetuju dengan potensi kontrak bernilai AS$1 juta (RM4.2 juta).

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

