‘Khemah besar’ tidak rangkumi UMNO, Bersatu atau Pas

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENDEKATAN ‘khemah besar’ yang direncana Pakatan Harapan (PH) tidak akan merangkumi penyatuan atau kerjasama dengan parti yang berada dalam kerajaan sama ada UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau Pas.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menegaskan, PH tidak mungkin akan bekerjasama dengan pengkhianat yang jelas telah mengkhianati amanah dan mandat rakyat.

Menurut Mohamad, kefahaman yang tepat berhubung pendekatan ‘khemah besar’ dianjurkan parti itu adalah perlu sebelum satu perbincangan bermakna dapat diadakan.

Beliau menegaskan, ‘khemah besar’ yang dimaksudkan adalah soal penyatuan dan kerjasama parti-parti pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Amanah menghormati dan meraikan perbezaan pandangan pelbagai pihak mengenai pendekatan itu sebagai satu pendekatan politik PH menghadapi PRU-15.

“Perlu ditegaskan bahawa golongan pengkhianat adalah mereka yang telah melompat untuk bersama Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) atas sebab tawaran-tawaran yang dibuat pada ketika itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Pejuang tidak berhasrat sertai khemah besar Pakatan Harapan

Mengulas lanjut, Mohamad menegaskan tidak wajar menyamakan kumpulan yang telah melompat dengan kumpulan yang tidak melompat parti.

Kata beliau, sebagai parti politik yang ingin menunaikan tanggungjawab terhadap rakyat dengan mengusahakan kemenangan dalam PRU-15, persoalan menyatukan pembangkang adalah amat perlu.

“Seperti mana tidak wajar kita anggap PKR sebagai parti pengkhianat atas sebab Timbalan Presiden dan belasan ahli Parlimennya melompat, begitu juga adalah tidak wajar kita namakan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) atas sebab pengkhianatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Bersatu.

“Ke arah ini, Amanah akan berusaha memperbanyakkan kawan demi menghadapi lawan yang sama iaitu BN dan PN.

“Bagi yang membuat keputusan bahawa PRU-15 tidak akan dimenangi, usaha sebegini sememangnya tidak perlu. Usaha untuk kalah adalah jauh lebih mudah daripada berjuang untuk menang,” jelas beliau.

Kenyataan itu hadir selepas DAP menutup pintu kerjasama dengan Bersatu dan PAS selepas tidak lagi mempercayai kedua-dua parti itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan tanggung subsidi minyak cecah RM7.5 bilion pada April, kini RM3.5 bilion

JUMLAH subsidi RON95 dan diesel yang ditanggung kerajaan melonjak kepada RM7.5 bilion, April lalu susulan krisis di Asia Barat...

More Articles Like This