Nadiah Wan dilantik Presiden Kelab Harvard Malaysia wanita yang pertama

Dari Penulis

KELAB Harvard Malaysia (HCM) memilih Ketua Pengawai Eksekutif (CEO), Hospital Thomson Kota Damansara, Nadiah Wan, 38, sebagai presiden kelab itu sekali gus menjadikan beliau wanita pertama dan termuda menjawat jawatan tersebut.

Nadiah dipilih oleh ahli-ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) HCM ke-38 semalam.

Turut terpilih menganggotai Jawatankuasa Eksekutif HCM adalah Timbalan Presiden, Khoo Eu Wen; Naib Presiden, Affendi Rashdi dan Leong Choon Heng; Setiausaha Kehormat, Unny Sankar; Bendehari Kehormat, Bulvir Singh, Juruaudir Kehormat, Low Teng Lung dan Ahlli Jawatankuasa Eksekutif, Izzana Salleh,Mildred Voon, Krishnavenee Krishnan, Dr. Tan Hui Siu dan Ziad Hafiz Razak.

Nadiah dalam ucapan sulungnya sebagai presiden berkata, beliau akan memfokuskan komitmen memajukan misi Universiti Harvard membangunkan masyarakat dan pemimpin rakyat melalui kuasa pendidikan dan sastera liberal.

“HCM akan terus memanfaatkan kekuatan Universiti Harvard dan alumninya untuk meningkatkan kesedaran tentang kuasa pendidikan bagi mengubah kehidupan pelajar dan memajukan lagi misi pendidikan di Malaysia,” katanya memetik laporan media.

BERITA BERKAITAN Harvard: PM ucap tahniah kepada enam pelajar Malaysia

HCM yang diasaskan pada 1984 dan kini mempunyai lebih 300 ahli di Malaysia yang terdiri daripada alumni dan kakitangan akademik universiti terkemuka dunia itu.

Presiden HCM yang lalu termasuk bekas Ketua Setiausaha Negara Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang Dr Goh Cheng Teik dan bekas timbalan gabenor Bank Negara Dr Lin See Yan.

Tahun lepas, majalah kewangan terkemuka Forbes menyenaraikannya dalam senarai Ahli Perniagaan Wanita Berpegaruh.

Dalam senarai itu juga, dia juga menjadi wanita termuda di seluruh Asia Pasifik.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

JPA tawar 640 slot penajaan lepasan SPM 2026, calon boleh mula semak mulai hari ini

JABATAN Perkhidmatan Awam (JPA) mengumumkan penawaran sebanyak 640 slot penajaan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2026 sebagai...

More Articles Like This