Nak masak apa untuk raya? Jom cuba resipi ayam masak kuzi. Mesti terangkat

Dari Penulis

Ramai yang sudah mula terfikir hidangan raya untuk tetamu nanti. Apa kata cuba resipi Ayam masak kuzi yang dikongsikan Muliadi Ramli.

Bahan :

2 1/2 kg Ayam ( dipotong ikut suka)

Bahan tumis :

2 sb Minyak sapi

Rempah 4 skwan

2 batang Serai

Daun pandan

Bahan kisar halus :

2 ulas Bawang besar

1 inci Halia

4 ulas Bawang putih

Bahan lain :

3 sb Cili boh

6 sb Rempah kuzi

Daun ketumbar 3 pokok + pudina 10 helai + cili hijau 3 biji + daun limau purut 3 helai (dikisar)

5 sb Tomato puri

2 biji Buah tomato 2 biji ( dipotong 4)

2 kotak Kismis hitam

1 1/2 cawan Bawang goreng

3/4 tin Susu cair

Gajus

Garam gula perasa

3 sb Yogurt

2 biji Lada merah dan hijau

Cara :

  1. Masukkan minyak sapi dan tumis bersama 4 sekawan, serai, daun pandan sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar halus dan cili boh. Tumis sehingga pecah minyak.
  3. Selepas itu masukkan rempah kuzi dan tumis lagi.
  4. Masukkan daun ketumbar, pudina, limau purut dan cili hijau yang dikisar halus. Biarkan bahan mendidih.
  5. Masukkan tomato puri dan kismis. Kacau rata dan kemudian masukkan ayam.
  6. Selepas itu, masukkan bawang goreng dan susu cair. Kacau lagi ( tutup periuk 5 ke 8 minit).
  7. Masukkan gajus, garam, gula dan perasa.
  8. Kemudian masukkan buah tomato dan lada merah dan hijau.
  9. Akhir sekali masukkan yogurt. Tutup api siap.

Sumber : Muliadi Ramli


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This