Jodoh hingga ke akhir nyawa, tampak romantis dan menjadi idaman semua pasangan suami isteri. Namun di sebalik senyuman yang terukir di wajah, terselit 1001 cabaran dan halangan dalam menentukan utuhnya sesebuah rumahtangga itu.

Menurut Wawa Shauqi, penulis buku, terdapat tiga fasa utama dalam perkahwinan dan ujian setiap fasa berbeza dan inilah yang akan menentukan jangka hayat hubungan.

Penting bagi pasangan faham dan selami hati masing-masing agar komunikasi yang terbina dapat menghasilkan impak positif, bukannya ke arah kehancuran.

Ikuti perkongsian yang cukup bermakna ini.

“Saya dan suami, dah masuk tahun ke 10 perkahwinan.

Orang kata, alam perkahwinan ni ada 3 fasa utama :

1️⃣ Fasa Bulan Madu

Masa ni, kita akan belajar jatuh cinta kat bau kentut pasangan, rasa comel bila nampak bulu hidung dia terkeluar dan terhibur dengan dengkurannya.

2️⃣ Fasa Power Struggle

Waktu ni kita akan mula sedar hakikat sukarnya hidup dengan orang yang lain spesis.

Toilet tak tutup atau tuala tak sidai pun boleh jadi punca gaduh

3️⃣ Fasa Stabil

Kita dah mula menerima pasangan sebagai individu. Dan hormat dengan perbezaan yang dia miliki. Dah redho kalau nampak buruk pasangan. Nak bergaduh benda kecik pun rasa buang masa.

Tapi jujur saya cakap. Kami lalui fasa 2 tu dalam tempoh yang agak lama. Bergaduh tu dah kira jadi hobi.

Payah nak jumpa waktu yang kami berdua boleh mesra main laga-laga hidung, balas genyit mata atau senyum-senyum manja.

Part paling susah bagi saya dalam perkahwinan kami adalah BERBINCANG.

Nak cakap pasal isu kecik tu, kadang peram berbulan-bulan. Sebab tau, bila dibangkitkan, boleh jadi perang.

Syukurlah saya ni rajin bukak IKIM. Antara slot favorite saya adalah slot motivasi perkahwinan. Dengar je suara Tuan Fadzli Aziz , auto button volume plus tu saya tekan berkali-kali.

Banyak sangat tips yang beliau bagi sangat berkesan. Sangat powerful. Tak sangka kenapa selama ni tak terfikir.

Walaupun masa awal dengar tu, terasa sakit batang idung rasa dipukul bertubi-tubi.

Paling penting, saya dah jumpa 9 kesalahan utama yang buat saya dan suami selalu stuck kat Fasa 2 dulu.

Cuba korang pulak cek, antara 9 kesalahan tu, mana yang paling rajin kita buat. Mudah-mudahan, bila dah faham sebabnya, lebih mudah kita nak cari titik perubahan yang impactful dan wonderful untuk kita dan pasangan.

Bagi yang nak belajar rahsia seni komunikasi dengan Tuan Fadzli ni, saya sangat sarankan untuk korek rahsianya di sini https://fadzliaziz.onpay.my/…/form/ebookseniberbincang/110

#notaparentingwawa

Sumber : Wawa Shauqi