Hasil prestasi baik di BAC 2022, bawa momentum ke kejohanan besar

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berharap pemain-pemain badminton negara dapat menonjolkan prestasi terbaik dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 di Manila, Filipina dari 26 April hingga 1 Mei ini.

Ahmad Faizal turut berharap aksi mantap yang dapat disajikan dalam BAC 2022 itu nanti bakal menjadi momentum ke kejohanan lebih besar termasuk Piala Thomas di Bangkok, Thailand pada 8 hingga 15 Mei depan.

Menurut beliau, keyakinan itu diletakkan berdasarkan prestasi semasa dan semangat juang tinggi yang dimiliki pemain badminton negara.

Bagaimanapun, Ahmad Faizal turut berharap peminat sukan badminton tidak memberikan tekanan tinggi dengan memberi ruang secukupnya untuk pemain menghasilkan keputusan yang baik.

“Saya kira sasaran bagi semua acara yang kita tempuhi tentunya membawa pulang kejuaraan, pada waktu sekarang kita lihat pemain kita berada pada tahap terbaik.

“Mereka amat bersemangat dan telah pun menetapkan kejohanan mana yang perlu diberi tumpuan.

“Saya harap kejohanan yang kita masuki (BAC 2022) perlu dapat prestasi baik supaya momentum dibawa ke kejohanan besar dan sasaran kita akhirnya ke arah emas pertama Sukan Olimpik Paris 2024,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Sukan SEA: Ahmad Faizal harap atlet negara pamer persembahan terbaik

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada program Kembara Sahur UtusanTV di Tambun, Ipoh, awal pagi tadi.

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal mengakui belum mendapat apa-apa laporan mengenai ketidakhadiran selama dua hari jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia dalam kem latihan pusat.

Beliau berkata, hanya mengetahui mengenai perkara tersebut menerusi laporan media.

Namun begitu, Ahmad Faizal yakin Zii Jia amat bersemangat untuk mewakili negara dan mempunyai alasan munasabah tidak hadir ke latihan.

Zii Jia dilaporkan mempunyai hal peribadi dan tidak hadir ke kem latihan pusat bagi menghadapi BAC 2022 selama dua hari.

Pada saingan BAC kali ini, empat pemain akan membawa cabaran negara dalam acara perseorangan lelaki diketuai Zii Jia; Liew Daren; Ng Tze Yong dan Aidil Sholeh Ali Sadikin.

Beregu lelaki pula akan menyaksikan beregu nombor satu negara yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo, Aaron Chia-Soh Wooi Yik bersama-sama tiga lagi pasangan beregu menggalas harapan negara.

Tiga lagi beregu itu adalah Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei; Tee Kai Wun-Man Wei Chong dan beregu profesional, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Puad Zarkashi umum keluar parti, dakwa UMNO Johor ‘dikawal istana’

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengumumkan keluar parti itu serta-merta. Dakwa beliau, alasan utama...

More Articles Like This