‘Saya tak mahu komen’, Peja enggan ulas isu desakan digantikan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

NAIB Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu enggan mengulas lanjut berhubung kononnya terdapat desakan supaya beliau digantikan sebagai Ketua Badan Perhubungan Bersatu Perak.

Ia susulan isu pertukaran kerusi wakil rakyat parti itu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, baru-baru ini.

Menurut Ahmad Faizal, beliau telah membaca laporan daripada sebuah portal berita berhubung desakan berkenaan.

“Saya baca laporan berita itu, petik sumber yang tidak mahu dinamakan. Saya tak mahu komen,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada UtusanTV.

Terdahulu, pergolakan dalaman melibatkan Bersatu Perak didakwa semakin meruncing apabila terdapat ura-ura bahawa majoriti Ketua Bahagian Bersatu negeri itu meminta supaya Ahmad Faizal atau lebih mesra dipanggil Peja digantikan.

Memetik laporan FMT, perkara itu didedahkan seorang daripada Ketua Bahagian Bersatu di Perak yang enggan dinamakan.

Menurut laporan tersebut, Ketua Bahagian Bersatu itu mendedahkan seramai 16 daripada 24 Ketua Bahagian Bersatu di Perak tidak mahu bersetuju dengan cara Ahmad Faizal atau dikenali sebagai Peja membuat cadangan supaya ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin ditukarkan tempat duduk dengan ADUN Changkat Jong, Nadziruddin Mohamed Bandi.

Baca artikel lain: ‘Pergolakan’ makin meruncing, majoriti Ketua Bahagian Bersatu Perak mahu Peja digantikan?

Malah, kata sumber tersebut, terdapat akuan bersumpah (SD) yang telah ditandatangani supaya kedudukan Peja dikaji semula atau digantikan dengan pemimpin lain.

“SD itu minta kedudukan Peja dikaji semula atau digantikan dengan pemimpin lain, ramai tidak setuju kerana tidak dimaklumkan pertukaran kerusi itu sebelum permohonan rasmi dibuat ke DUN.

“Surat itu diberi kepada Timbalan Presiden Hamzah Zainudin pada minggu lalu, sekarang kita tunggu arahan selanjutnya,” katanya menurut laporan itu.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Perikatan Nasional (PN) menghantar surat ke Pejabat Speaker DUN bagi menukar tempat duduk dua ADUN Bersatu iaitu Zainol Fadzi dan Nadziruddin semasa persidangan DUN berlangsung.

Perkara itu disahkan oleh Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid yang memaklumkan surat tersebut ditandatangani oleh Ahmad Faizal yang juga Pengerusi PN Perak dan diterima pada 16 April lalu.

Zainol Fadzi, yang pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri Perak selama tiga penggal, sebelum ini duduk bersebelahan dengan Timbalan Pengerusi PN Perak, Razman Zakaria sebagai Ketua Whip Pembangkang. Beliau merupakan ADUN empat penggal sejak 2008.

Sementara itu, Nadziruddin yang baru pertama kali bergelar ADUN selepas PRU15, kini diletakkan sebaris dengan ADUN Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamahri. Beliau juga telah dilantik sebagai Setiausaha Bersatu Perak menggantikan Zainol Fadzi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

TVET pengangkutan buka 3,208 peluang kerja untuk veteran ATM

SEBANYAK 3,208 peluang pekerjaan dalam sektor pengangkutan disediakan kepada anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi kerjasama strategik...

More Articles Like This