Tular WhatsApp cadang Bersatu keluar PN: ‘Saya dijadikan bahan fitnah jahat’, kata Peja

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“SAYA telah dijadikan bahan fitnah yang pastinya datang daripada mereka yang mempunyai niat jahat.”

Demikian kata Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu susulan penularan tangkap layar kumpulan WhatsApp yang tular di media sosial sejak kelmarin.

Ahmad Faizal atau mesra disapa Peja menafikan beliau bersama beberapa pemimpin parti itu telah menyindir Pas seperti yang disebarkan dalam tangkap layar tersebut.

Pada masa sama, beliau turut menegaskan tidak pernah mencadangkan supaya Bersatu keluar daripada Perikatan Nasional (PN).

Malah, Ahmad Faizal mendakwa kumpulan WhatsApp yang diperkatakan itu tidak wujud.

“Itu fitnah jahat. Kalau tengok gambar profil saya di WhatsApp pun lain.

“Mereka nak kan Pas dan Bersatu ini berseteru dan bergaduh supaya PN menjadi lemah.

“Apabila PN lemah, musuh politik yang ada pada hari ini akan menjadi kuat,” katanya dalam video yang dimuat naik di Facebook miliknya.

Baca artikel lain: Muhyiddin sah hadir mesyuarat MT PN esok

Dalam hantaran sama, Ahmad Faizal menegaskan beliau sentiasa menjunjung tinggi kerjasama politik antara Pas dan Bersatu serta parti-parti komponen PN yang lain.

“Mereka yang mahu memporak-perandakan keutuhan PN adalah merupakan alat kepada parti-parti lawan,” tegas beliau.

Tangkap layar yang tular itu menunjukkan perbualan membabitkan Faizal; Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Jasri Jamaludin.

Ahmad Faizal didakwa mencadangkan agar Bersatu keluar daripada PN sekiranya rakan komponen PN, dipercayai Pas, bersikap biadab terhadap presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga beliau terpaksa meletak jawatan sebagai Pengerusi PN.

Tun Faisal pula didakwa menyokong cadangan itu dengan berkata bahawa adalah lebih baik Pas yang meninggalkan PN kerana parti itu dilihat berminat menyertai semula Muafakat Nasional (MN) sambil menegaskan sikap biadab terhadap presiden tidak wajar dibiarkan.

Jasri turut didakwa bersetuju dengan kenyataan berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tarif air Pulau Pinang naik Julai ini

MAJORITI pengguna air domestik di Pulau Pinang dijangka akan menanggung pertambahan kecil dalam bil bulanan apabila pelarasan tarif air...

More Articles Like This