Iqbal Zulkefli Dedah Telah Menjadi Seorang Bapa

Dari Penulis

USAHAWAN yang juga bekas peserta Big Stage 2022, Iqbal Zulkefli mendedahkan bahawa kini dia sudah menjadi seorang bapa.

Iqbal berkongsi video membeli barangan bayi bersama anaknya yang baru berusia tujuh hari di laman sosial Instagramnya baru-baru ini.

Dalam ruangan kapsyen, Iqbal bersyukur kerana impiannya untuk menjaga anak angkat akhirnya dimakbulkan Allah.

Walau bagaimanapun, bayi tersebut masih belum diberikan nama.

“Anak saya baru usia tujuh hari. Ada nama sesuai untuk lelaki?

“Allah kabulkan doa saya. Jantinanya adalah lelaki. Belum ada nama.

“Tali pusat pun belum gugut. Saya tidak boleh tunjukkan muka lagi,” katanya.

Menurut usahawan itu lagi, dia akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam hak penjagaan anak angkatnya itu termasuklah mandian, pakaian dan juga tempat tidur.

“Saya akan jaga semuanya; mandikan, bagi susu, tidur bersama saya.

“Sesekali saya akan bagi ibunya jaga. Doakan saya dapat jaga anakanda ini dengan sempurna. Biar dia membesar menjadi anak yang baik, disayangi semua orang” ujarnya dalam kapsyen

Iqbal turut bersifat terbuka untuk menerima sebarang cadangan nama dan nasihat penjagaan bayi yang baru lahir daripada pengikut di laman sosial miliknya.

“Siapa mahu bagi tip penjagaan bayi awal lahir? Atau ada nama yang sesuai untuk diberi? Boleh komen dibawah,” katanya lagi.

Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida itu juga memaklukan apabila dia pulang ke kampung untuk berhari raya tiada siapa yang boleh menyentuh anaknya itu.

“Saya balik raya ni tiada siapa-siapa boleh pegang, sorry jangan cium jangan pegang tangan dia memang saya tidak bagi itu amaran tegas,” tegas Iqbal dalam kongsian tersebut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Kalaulah suami saya masih hidup”… Laila Nasir sebak terima menantu sulung

Tiada yang lebih menggembirakan pelakon senior Laila Nasir, 55, apabila selamat menerima menantu sulungnya pada 6 Jun Lalu dalam...

More Articles Like This