LEMBAGA Tabung Haji menawarkan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI kepada bakal jemaah haji yang akan melaksanakan ibadah tersebut pada tahun ini.
Pemangku Pengarah Eksekutif Operasi, Mohamed Ameen Abdul Wahab memaklumkan bakal haji boleh membuat pembayaran dam sebelum ke tanah suci.
Menurut beliau, pembayaran itu seiring dengan keputusan Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji yang menggalakkan pelaksanaan bayaran pada kadar yang ditentukan sebelum sampai ke tanah suci.
Mohamed Ameen berkata, pembayaran dam yang diterima adalah bagi dam haji tamattu’ dan dam haji qiran dengan daging dam itu akan diagihkan kepada penduduk yang layak di Mekah.
Beliau memberitahu, daging korban pula akan diagihkan oleh Bank Pembangunan Islam kepada penduduk Islam yang layak terutama di benua Afrika.
“Pembayaran dam adalah pada kadar RM590 bagi seekor kibas manakala pembayaran korban ialah pada kadar RM955.80 untuk seekor kibas dan RM5,900 untuk seekor lembu.
“Pembayaran dam dan korban ini boleh dilaksanakan melalui THiJARI bermula Isnin depan, 9 Mei 2022.
“Bakal jemaah haji dan pendeposit juga boleh membuat bayaran di mana-mana pejabat Tabung Haji di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: HIJRAH24 lonjak semula perniagaan, pelaburan Tabung Haji – PM
Mengulas lanjut, Mohamed Ameen berkata, pelaksanaan korban itu adalah hasil kerjasama Tabung Haji dengan Bank Pembangunan Islam yang berpangkalan di Jeddah.
Katanya, pelaksanaan buat julung-julung kali itu bukan sahaja dibuka kepada bakal-bakal haji tetapi kepada semua pendeposit Tabung Haji.
“Perkhidmatan korban ini merupakan satu lagi perkhidmatan baharu yang ditawarkan Tabung Haji kepada pendeposit melalui THiJARI.
“Untuk menggunakan perkhidmatan pembayaran dam dan korban, bakal-bakal haji dan pendeposit perlu mendaftar sebagai pengguna THiJARI melalui www.thijari.com.my yang mudah serta selamat.
“Setakat ini, seramai 1.5 juta telah menggunakan THiJARI,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

