ARAB Saudi baru-baru ini mengumumkan musim umrah 1443 H bagi jemaah luar negara akan tamat pada 30 Syawal ini.
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dalam kenyataan Selasa lalu berkata, jemaah luar negara boleh memohon untuk mendapatkan visa umrah individu melalui platform yang disediakan Arab Saudi.
Baca artikel berkaitan: TH keluar surat tawaran haji mulai Isnin, rayuan diutamakan kepada faktor mahram
Menurut kenyataan itu, pihak kementerian akan mengumumkan tarikh permohonan haji 1443 H dan prosedur berkaitan melalui saluran rasmi kementerian tidak lama lagi.
Kenyataan itu turut menambah Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah mengeluarkan 6,694,998 permit umrah dan 262,781 permit solat di Raudhah al-Sharifah sepanjang Ramadan yang lalu.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

