Ong Kian Ming tak bertanding PRU-15, berehat daripada politik

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

AHLI Parlimen Bangi dari DAP, Dr. Ong Kian Ming mengumumkan tidak akan menawarkan diri sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti sekali gus berehat daripada barisan hadapan politik.

Menurut Kian Ming, keputusan tidak bertanding dan mempertahankan kerusi yang dimenanginya sejak dua penggal lalu itu berkait rapat dengan kegagalannya terpilih sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Mac lalu.

Bagaimanapun, beliau berkata, ia bukanlah sebab utama keputusan tidak menawarkan diri dalam PRU-15 itu dilakukan.

Beliau memaklumkan, keputusan tersebut adalah bagi memberi peluang kepada generasi muda mengambil alih tampuk kepimpinan.

“Ketika saya mula-mula ditawarkan untuk menjadi calon bagi kerusi Parlimen Serdang, persetujuan dengan isteri adalah untuk saya berkhidmat selama dua penggal dan kemudian menilai semula keadaannya.

“Menjelang penghujung penggal kedua ini, saya percaya bahawa saya telah memberikan usaha sebaik mungkin di peringkat kawasan, parti dan negara.

“Kini tiba masanya untuk generasi muda dalam parti mengambil alih tampuk kepimpinan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam masa sama, Kian Ming turut menggesa semua ahli dan pemimpin DAP untuk menunjukkan sokongan penuh kepada Anthony Loke Siew Fook sebagai Setiausaha Agung DAP baharu.

Baca artikel berkaitan: Anthony Loke dilantik setiausaha agung DAP baru

Beliau mempunyai keyakinan penuh terhadap kepemimpinan Anthony dan peranan yang akan dipikul dalam menerajui parti dan Pakatan Harapan (PH) menghadapi PRU-15.

“Saya percaya Anthony dan barisan pimpinan parti akan terus memberikan peluang kepada ahli dan pemimpin yang lebih muda untuk berkhidmat kepada parti dalam pelbagai kapasiti termasuk untuk diletakkan sebagai calon dalam PRU-15.

“Saya akan memberikan sokongan penuh kepada sesiapa sahaja yang dinamakan parti sebagai calon Parlimen Bangi.

“Sementara itu, saya akan meneruskan tanggungjawab khidmat rakyat saya di Bangi dan dalam parti sehinggalah Parlimen dibubarkan,” jelas beliau.

Mengulas lanjut, Kian Ming memaklumkan hanya berehat untuk sementara waktu, bukan bersara terus daripada politik.

Beliau turut bersedia untuk berkhidmat kepada DAP dan negara pada masa hadapan sekiranya diperlukan.

“Untuk jangka masa terdekat, selepas PRU-15, saya merancang untuk berehat dan meluangkan masa dengan bersenam, membaca dan merenung semula bagaimana serta di mana saya dapat manfaatkan pengetahuan dan kemahiran yang telah saya kumpulkan dalam 9 tahun yang lepas dengan sebaiknya,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This