Lelaki Rohingya tahan sakit lebih sejam cincin sangkut pada kemaluan

Dari Penulis

SEORANG lelaki warga Rohingnya terpaksa menahan kesakitan lebih satu jam selepas bertindak menyarungkan cincin pada alat sulitnya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Hospital Ampang pada pukul 9.20 malam tadi.

Baca artikel berkaitan: Polis siasat Myvi lawan arus dekat Icon City

Sepasukan empat anggota dari Balai Bomba Penyelamat Pandan Indah telah dikerahkan ke Bahagian Kecemasan Hospital Ampang.

“Bomba tiba tiga minit kemudian dan mendapati sebentuk cincin telah tersangkut pada alat sulit mangsa berusia 26 tahun itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, bomba mengambil masa kira-kira satu jam setengah untuk memotong cincin dengan menggunakan peralatan khas.

Norazam berkata, mangsa telah diserahkan kepada pihak hospital bagi tindakan selanjutnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tuntutan penempatan tetap Rohingya sentuh kedaulatan negara – Nurulhidayah

SEBARANG tuntutan yang mewajibkan Malaysia memberikan penempatan tetap kepada pelarian Rohingya disifatkan sebagai tidak wajar. EXCO Wanita UMNO, Nurulhidayah Ahmad...

More Articles Like This