“Buka Mata Dan Belajar Memahami, Sekarang Sudah 2022…,” – Mimi Fly Kesal Kekasih Digelar ‘negro’

Dari Penulis

PENYANYI Mimi Fly baru baru ini terkesan dengan segelintir pihak yang menggelar kekasihnya yang berbangsa Afrika-Amerika sebagai ‘negro.

Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham berkata panggilan ‘negro’ itu dianggap tidak sopan bagi kaum Afrika-Amerika yang boleh menyebabkan salah faham dan pergaduhan jika digunakan di Amerika Syarikat.

Dia juga menegaskan supaya masyarakat kita untuk mempelajari dan lebih terbuka untuk memahami budaya negara luar.

“Buka matamu dan belajar memahami, sekarang sudah 2022. Perkataan ‘negro’ itu jika digunakan di Amerika Syarikat dianggap sebagai tidak menghormati.

“Perkataan itu dicipta oleh kaum kulit putih pada zaman Afrika-Amerika di jadikan hamba.

“Kalau digunakan sekarang ini hanya untuk cari gaduh dengan niat nak buat Afrika-Amerika rasa kerdil dan lemah,” luah Mimi menerusi Instagram Storynya.

Baru-baru ini sebuah portal berita tempatan mengeluarkan artikel berkaitan teman lelaki penyanyi itu dengan menggunakan perkataan ‘negro’.

Penyanyi berusia 36 tahun itu turut berkata bahawa ia membuatkan teman lelaki serta ahli keluarganya berasa kurang senang dan memberi persepsi buruk terhadap rakyat Malaysia.

“Keluarga dan rakan-rakan dia menerima saya dengan baik dan saya harap dapat melakukan perkara yang sama.

“Saya bersyukur mereka layan saya dengan baik ketika berjumpa di sana. Saya juga berharap mereka disambut baik jika dapat datang ke Malaysia suatu hari nanti supaya mereka tahu kebaikan orang kita dan tidak dianggap biadab,” ujarnya lagi.

Mimi sebelum ini mengakui sedang dilamun cinta dengan seorang doktor pakar tulang belakang yang menetap di Amerika Syarikat.

Mereka berkenalan sejak tiga tahun lalu ketika sama-sama sedang bercuti.

Untuk rekod, Mimi pernah berkahwin dengan pengurusnya, Mohd Firdaus Hajar pada Mei 2015 namun mereka sah bercerai dua tahun kemudian.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This