PELAKON Sharifah Sakinah baru-baru ini sempat berkongsi sebuah video yang meraih pelbagai reaksi netizen berkenaan sebuah tandas yang berkonsepkan emas.
Sakinah menyifatkan walaupun tandas digelar tempat yang tidak bersih dan banyak makhluk lain tapi baginya ia ibarat syurga kerana sejuk dan terdapat kipas berjenama mewah di dalamnya.
“Orang kata kat tandas banyak setan. Sejuk macam syurga tandas awak siap ada kipas LV GUCCI,” ujarnya di ruang kapsyen.
Kapsyen yang ditulis oleh Sakinah pada perkongsian video di laman Instagram miliknya itu telah mengundang rasa kurang senang netizen yang menyifatkan pelakon berusia 33 tahun itu seolah-olah mempersendakan agama.
“Sejuk macam syurga? Agak2 la ayat,” ujar pemilik akaun wanareeves
“Gitu je standard syurga awak? Koman naa,” kata aida_ahmad85.
“Bukan orang kata, nabi kata. Sebab tu kena baca doa nak masuk tandas, tandas jangan hias cantik cantik sangat dan jangan lama lama dalam tandas. Nak keluar baca doa keluar tandas,” nasihat pengguna akaun annamajeed.
Dalam menerima kritikan berkaitan kapsyen tersebut ada juga segelintir yang terhibur dan teruja melihat rekaan dalaman tandas terbabit.
“Cantiknya tandas!
“Hahahaha! It never crossed my mind that the shower head can be classic telephone!,” kata mereka di ruang komen lagi.
Difahamkan, bilik air tersebut merupakan milik pelakon dan penyampai radip Suria FM, Sharifah Shahirah yang juga kakak kepada Sakinah.
Terdahulu, dekorasi tandas tersebut viral selepas pelakon dan pelawak Nabil Ahmad terkejut melihat hiasan dalaman serba mewah yang menghiasi ruangan tersebut di rumah Shahira.

