Kesihatan mental tidak pernah mendiskriminasi. Rupa paras, kerjaya, kekayaan tidak pernah menjamin kita terlepas daripada sakit mental. Namun malangnya, ada segelintir individu tidak menyedari sakit yang dialami kerana personaliti sakit mental yang terbentuk ialah mereka yang kerap meroyan, menjerit secara tiba-tiba, sering bercakap seorang diri dan beberapa stereotaip tertentu.

Perkongsian Wany Ardi, sakit mental boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, malah kecenderungan membunuh diri bukanlah satu perkara yang boleh dibuat gurauan.

“THIS IS (STILL) MALAYSIA (UNFORTUNATELY)

Lihatlah. Inilah Malaysia kita. Walau bukan semua.

Semua orang yang menulis komen ini, semuanya ada ahli keluarga, saudara mara, kawan karib, orang tersayang. Semuanya ada anak atau akan ada anak. Depression and suicidal ideation can happen to ANYONE. Masalah kesihatan mental tak pernah mendiskriminasi. Perlukah orang terdekat kita mengorban nyawanya, baru kita ada rasa empati?

Ilmu agama yang melangit (agama apa pun ia) tak menjanjikan bahawa kita dan keturunan kita takkan berada di bumbung bangunan tinggi satu hari nanti, berkira-kira antara hidup atau mati. No promises.

“NAK TERJUN, TERJUN JE. TERUS NANTI MASUK NERAKA. TU DAH CONFIRM.”

Pernah tak kita terfikir kalau orang tu sebenarnya dah hilang kewarasan dan kesedaran? Kalau dia sebenarnya kategori OKU mental? Dan sebab dia golongan istimewa, dia mungkin ahli syurga? Yang tak pasti masuk syurga- kita ni. Pernah terfikir tak?

I’ve just finished my mental health first aid course almost a week ago. Alhamdulillah. Saya bukanlah nak menjadi ahli dalam bidang kesihatan mental. Saya belajar sebab saya tahu ia boleh bantu kerja saya sebagai konsultan intimasi dan seksual untuk wanita-wanita MRKH / DSD /RD*. Mental health is connected to EVERYTHING else in our bodies and daily lives. Ia mempengaruhi segalanya. Ini hakikat.

Almost a decade of giving consultation to women, saya fikir saya dah tahu serba-serbi. Rupanya tidak. Lagi saya belajar, lagi saya sedar rupanya masih banyak yang saya tak tahu tentang minda manusia.

There are so many things that we do not know about people. Their minds. Their hearts. Their lives.

Tiap kali kita nak berkata apa-apa tentang sesiapa, ingatlah perkara ini. We don’t know ANYTHING. And yet ANYTHING can happen to us or our loved ones.

Be kind.

Wani Ardy

MRKH Malaysia

instagram.com/intim.my

instagram.com/mrkh.malaysia

*MRKH = mayer-rokitansky-kuster-hauser syndrome

*DSD = disorders of sexual development

*RD = rare disorders

Note: Credit goes to Kak Ngah Alia Ali founder of AWAS Malaysia (Awareness Against Suicide Malaysia) who first shared with me this video.”

Sumber : Wany Ardi