Pemikiran dan doktrin hanya mahu dibantu dan menunggu bantuan sampai di depan mata tanpa berusaha seharusnya dihentikan kerana ia hanya menjadi barah dalam masyarakat.

Menurut pakar kewangan, Afyan Mat Rawi, kisah bantuan dan pemikiran segelintir individu menyebabkan mereka sukar keluar daripada kepompong kemiskinan. Malah alasan demi alasan setelah pelbagai bentuk bantuan diberikan bukanlah cerita baru.

Ulasnya, ada yang lebih selesa hidup meminta-minta, berpakaian selekeh dan tidak malu berhutang.

Ikuti perkongsiannya.

“Membaca berita ini, mengingatkan saya beberapa kisah.

Kisah pertama daripada seorang rakan yang terlibat dalam sebuah NGO besar dan terkenal yang turun memberi bantuan sebuah perkampungan baru warga miskin.

Kisah kedua, daripada seorang pegawai zakat yang yang memberi bantuan kepada asnaf

Kisah ketiga daripada seorang pegawai MARA yang bertanggungjawab menjaga peniaga-peniaga bumiputera yang diberikan bantuan modal bisnes.

Dalam kisah pertama, 24 keluarga dikumpulkan dalam sebuah perkampungan baru. Setiap keluarga diberikan sebuah banglo kecil 3 bilik yang dibina daripada batu bata dan ditaja oleh sebuah syarikat konglomorat.

Selain daripada rumah, macam-macam bantuan diberikan kepada mereka untuk memulakan hidup baru.

Selepas setahun, taman baru yang tadi asalnya cantik menjadi huru hara.

Apabila ditanya kepada penduduk kampung, antara respon mereka

– “Banyak lembu, tolong bina pagar”

“- Sampah sarap tiada siapa nak kutip”

– “Ada pokok besar yang perlu ditebang”

– “Parit tersumbat, nyamuk banyak. Nak buat macamana?”

“Projek ikan sangkar tak menjadi. Boleh tak bagi sangkar baru”

“Bagi bantuan duit boleh tak?”

Macam-macam alasan dan justifikasi diberikan. Pagar pun nak minta diminta. Sampah pun nak minta dikutip. Pokok minta ditebang. Sampai ke longkang pun tak reti nak cuci sendiri?

Kisah kedua tentang cerita-cerita asnaf zakat yang sia-siakan bantuan

– Bagi bantuan bot + enjin + peralatan nelayan harga >20k. Baru sebulan, semuanya dijual dengan harga tak sampai RM8k. Selepas habis duit, datang lagi minta bantuan zakat.

– Bagi modal buat kolam ikan + benih anak-anak ikan. Ikan hilang katanya masuk dalam tanah 😭 .

– Kumpulkan 4-5 asnaf untuk projek pertanian berkelompok. Kebun disediakan, latihan diberi, benih sayuran, baja, sprinkler air lengkap. Tinggal kerja je, tapi sayur semua mati.

– Sedangkan kat kebun sayur orang cina sebelah guna air parit je, tapi subur-subur sayur mereka.

– Pergi melawat rumah asnaf pukul 8 pagi. Satu keluarga suami+isteri, anak dewasa lelaki 3 orang semua belum bangun tidur. Semua sihat dan tak kerja.

– Buatkan reban ayam, bagi anak ayam, janji beli ayam bila dah besar. Katanya ayam hilang. Anaknya cakap ayah sembelih makan.

– Dicarikan kerja restoran, katanya penat. Kerja kilang, kena buang sebab ponteng. Kerja ikut kontraktor, curi barang. Tapi asyik minta zakat (muda + sihat).

– Bagi bantuan tunai untuk anak sekolah kat program agihan. Otw balik terserempak 2-3 orang asnaf beli nombor ekor.

– Buatkan sebuah rumah 3 bilik percuma. Dia sewakan dan duduk rumah nak roboh, atap bocor dsb. Katanya jauh dari tempat kerja (tak sampai 5km).

– Dicarikan kerja, dia bagi alasan takde kenderaan. Bagi pinjam basikal, katanya penat mengayuh. Tak sampai 3km tempat kerja.

– Masa buat siasatan, rumah macam tempat pembuangan sampah. Bau busuk. Buang sampah luar tingkap, sampah banyak kat halaman rumah. Lalang, rumput tinggi tingkap.

Kisah ketiga daripada seorang pegawai MARA yang bertanggungjawab menjaga peniaga-peniaga bumiputera yang diberikan bantuan modal bisnes.

– Ada peniaga yang tak bayar hutang MARA sehingga meninggal dunia. Apabila waris datang, mereka terkejut arwah ayah berhutang beratus-ratus ribu dengan MARA tak bayar.

– Ada peniaga yang dapat bantuan memulakan modal, tapi tak lama kemudian keluar kereta baru. Bisnes suam-suam kuku.

– Apa peniaga yang diberi bantuan modal dan sewa murah. Hutang tak bayar, sewa tak bayar.

– Ada peniaga yang santau pegawai MARA yang membuat kutipan hutang. Sudahlah tak bayar hutang, santau pula orang yang kutip hutang.

– Total hutang yang tertunggak adalah billion-billion! Khabarnya cecah 50 billion!!!

Jadi, apabila membaca berita penyewa DBKL tak bayar hutang sewaan 50 juta ni, tak la terkejut sangat.

Walhal sewa dikenakan DBKL hanyalah serendah 124 hingga 240 sahaja sebulan.

Mereka sebenarnya bukan miskin harta, tapi miskin jiwa.

Sebenarnya mereka tidak ada masalah kewangan, tetapi mereka ada masalah mindset.

Dari mindset lahirnya sikap. Maka hasilnya mereka hidup susah. Ada orang yang selesa hidup meminta-minta, berpakaian selekeh, tak malu berhutang.

Perkara ini dapat diatasi dengan ILMU dan MINDSET KEWANGAN yang betul

Saya pernah tulis dalam buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW dan banyak kali dikongsi dalam siri-siri Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW bahawasanya untuk mengubah kehidupan dan kewangan kita, perkara pertama kena ubah adalah MINDSET.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)

For things to change, I must change first!

Belajar ilmu dan mindset kewangan secara bermodul menggunakan #eSeminarBMW. PROMOSI RAMADHAN EXTEND KE SYAWAL hanya RM29 sahaja!!! http://lite.seminarbmw.com

Apa yang anda dapat dengan yuran kepandaian RM29?

E-learning Seminar Bijak Merancang Wang

1. Pakej video 17 siri Bijak Merancang Wang dengan durasi 2 jam setengah.

2. Ebook BMW edisi KEMASKINI. 180+ muka surat.

3. Ebook PKP Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh! 150+ muka surat.

4. Sertai group khas pembeli #eSeminarBMW

5. Live video Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW dengan durasi 3 jam

6. E-workbook Bijak Merancang Wang #BMW2s

7. Peluang menjadi ejen affiliate #eSeminarBMW

Ok tak kalau semua ini dgn harga RM29?

Produk yang sama, biasanya berharga RM59 ke RM99, tapi untuk promosi ini hanya RM29 sahaja.

http://lite.seminarbmw.com

http://lite.seminarbmw.com

http://lite.seminarbmw.com.”

Sumber : Afyan Mat Rawi