[VIDEO] Caprice tuntut lelaki bernama Najib tampil mohon maaf dalam tempoh 24 jam

Dari Penulis

PENYANYI rap, Caprice memberi amaran kepada seorang lelaki yang menganggu isterinya, Farra Inalis dengan menghantar mesej menerusi WhatsApp pada waktu tengah malam.

Caprice atau Ariz Ramli,34, membuat pendedahan menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram dan turut berkongsi paparan skrin mesej lelaki terbabit.

“Bila orang mula (start) melampaui batas, dan buat kita risau pasal keselamatan keluarga (family)… anda sudah melampau (you have crossed the line),” katanya.

Malah, menerusi entri sama, Caprice turut meminta individu terbabit memohon maaf dalam tempoh 24 jam.

“Pertama sekali, saya tak kisah kalau ada yang benci saya itu terpulang, tetapi apabila anda mula kacau isteri dan anak saya, telefon (call) isteri saya pada waktu malam itu dah melampaui batas.

“Anda ada masa 24 jam untuk jumpa Caprice dan minta maaf depan-depan. Kali pertama dapat mesej (text) tersebut, kami fikir mungkin mamat ni gila dan beri amaran. Namun dia terus mesej (text) isteri saya. Guys, jangan main gila,” ujarnya.

Untuk info, Caprice berkahwin dengan Farra yang juga merupakan ibu tunggal pada November tahun lalu.

Farra memiliki seorang anak perempuan, Aleesya Sofea menerusi perkahwinan terdahulu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This