“Dia cakap muka anak aku macam dajal, hisap batu. Salah ke kalau aku minta melutut?” – Farra Inalis

Dari Penulis

PEMPENGARUH media sosial, Farra Inalis yang juga isteri kepada Caprice, meluahkan rasa geram apabila tindakannya mengarahkan seorang pemuda melutut memohon maaf dianggap keterlaluan oleh netizen.

Menyedari kecaman yang dilemparkan kepadanya, Farra menjelaskan bahawa tindakannya itu tidaklah seburuk perilaku individu yang menggelar anaknya, Airel Qashaf sebagai haiwan serta menggunakan perkataan kesat dengan niat menghina.

Malah, dia juga berharap agar orang ramai lebih bersikap empati setelah dirinya berjuang bergadai nyawa untuk melahirkan anaknya dengan sempurna.

“Ramai rupanya netizen bercita-cita nak jadi ustaz dengan ustazah. Sebab itu ramai yang berceramah. Yang korang bising sangat fasal isu melutut itu, apalah sangat melutut dengan apa yang pernah dia cakap dekat anak aku.

“Aku nak satu benda saja dekat korang, cuba letak tempat korang dekat tempat aku sekarang. Aku berjuang sehabis daya sampai nak putus nyawa beranak, bukan senang tau. Tak sampai 40 hari, senang-senang nak dajalkan anak aku. Cakap anak muka hisap batu, muka macam babi.

“Ibu mana boleh tahan, mana aku nak cari kesabaran aku. Setinggi mana iman kau. Kau boleh sabar macam mana kalau orang cakap anak kau macam itu. Masih dalam pantang lagi tau. Salah ke kalau aku minta melutut?,” katanya menerusi perkongsian di Instagram Story miliknya.

Dalam perkongsian lain, dia turut percaya bahawa setiap individu mempunyai had kesabaran masing-masing, dan pasti akan meluahkan kemarah apabila melibatkan anak-anak.

“Aku manusia, sabar aku ada limit. Cukup baik dah melutut, ikut baran aku takut tertinggal gigi dekat Kuala Lumpur Maaf ya kalau bahasa aku agak kasar. Bagi aku bertenang,” katanya lagi.

Sebelum ini, seorang individu dikenali sebagai Irfan telah dipanggil bagi tampil memohon maaf kepada Farra selepas mengeluarkan kata hinaan kepada anak mereka menerusi DM (Direct Message) di Instagram.

Walau bagaimanapun, tindakan Farra menyuruh individu tersebut untuk melutut telah mengundang kecaman netizen kerana dianggap melampaui batas.

Untuk rekod, Caprice dan Farra berkahwin pada November 2022. Mereka memiliki anak lelaki bernama Airiel Qashaf yang dilahirkan pada 17 Mac lalu.

Selain itu, Farra juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Aleesya Sofea hasil perkahwinan terdahulu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gali pengalaman sendiri, Shiha Zikir kongsi kisah survival hidup dalam single Mula

PENYANYI, Shiha Zikir mengambil pendekatan berani dengan menolak trend lagu jiwang klise menerusi pelancaran single terbaharunya yang berjudul Mula. Kolaborasi...

More Articles Like This