SEMPENA 50 tahun penglibatannya dalam bidang seni, penyanyi terkemuka Indonesia, Hetty Koes Endang bakal menganjurkan konsert penuh makna.
Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang itu bakal diadakan pada 27 Ogos depan di Manhattan Ballroom, Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
Konsert anjuran Mahajaya Empire Sdn. Bhd. ini sepatutnya diadakan pada 2020 namun ia terpaksa ditangguhkan disebabkan pelaksanaan perintah kawalan (PKP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Hetty Koes Endang bakal menjayakan Konsert Jubli Emas. Konsert yang berkonsepkan makan malam ini dianjurkan sepenuhnya oleh Mahajaya Empire Sdn Bhd.
Berkonsepkan makan malam, konsert berdurasi selama 120 minit itu bakal menyaksikan Hetty mendendangkan 15 buah lagu hit dan beberapa buah lagu khas tribute buat komposer terkenal, Datuk Ahmad Nawab dan penyanyi legenda, Broery Marantika.
Lebih menarik lagi, konsert tersebut akan dipimpin oleh pengarah muzik popular, Datuk Ramli MS dan diiringi pemuzik-pemuzik professional.
Bagi yang ingin menyaksikan konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang ini, boleh melayari laman sesawang ilassotickets.com untuk informasi lanjut.


Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

