SIKAP rakyat Jepun yang berdisplin, lemah lembut serta murah hati wajar dicontohi semua termasuk rakyat Malaysia.
Kenyataan itu dizahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika melakukan lawatan ke Bandaraya Itabashi, Jepun pagi tadi.
Menurut Perdana Menteri, Malaysia dan Jepun saling berkongsi nilai-nilai murni dan terpuji dalam menjunjung warisan budaya masing-masing.
“Rakyat Jepun terkenal dengan disiplin, lemah lembut, kesantunan dan sifat murah hati mereka.
“Ini sebenarnya sifat terpuji dan harus dicontohi yang mana budaya ini juga dikongsi dalam masyarakat di Malaysia,” katanya.
Baca artikel berkaitan: Ismail Sabri tiba di Tokyo untuk lawatan sulung ke Jepun
Mengulas mengenai lawatan ke Bandar Itabashi, Perdana Menteri berkata, banyak perkara yang boleh dipelajari daripada pihak pengurusan bandar itu khususnya dalam pembangunan sektor sosial dan ekonomi.
Ujar beliau, Malaysia dan Jepun boleh bertukar-tukar pandangan dan pengalaman dalam kaedah pengurusan terbaik untuk mengurangkan impak akibat pandemik Covid-19.
“Saya difahamkan selepas ini program penandatanganan poster Sustainable
Development Goals (SDGs) akan diadakan oleh wakil Malaysia dan Jepun.
“Ini merupakan satu manifestasi penegasan terhadap komitmen kerjasama kedua-dua
negara ke arah menjadikan dunia lebih beraih, selamat, makmur sambil turut menjunjung prinsip kemanusiaan.
“Saya berpandangan, kedua-dua buah negara boleh berganding bahu bersamasama untuk mempromosi SDGs di peringkat serantau dan antarabangsa,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegra

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

