Kilauan 25 tahun Rossa diabdikan dalam konsert mega

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

DIAM tak diam sudah 25 tahun penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa melibatkan diri dalam industri seni kreatif.

Sepanjang tempoh yang panjang itu, pelbagai kejayaan telah diraih pemilik nama penuh Sri Rossa Roslaina Handiyani,43, yang satu ini.

Mahu mengabdikan dua dekad tersebut bersama peminat yang selama ini menjadi tulang belakang perjalanan karier seninya itu, sebuah konsert Rossa 25 Shining Years bakal berlangsung di Istora Senayan Jakarta pada Jumaat ini.

“Tempoh masa 25 tahun itu seperti tidak terasa bagi saya. Saya sangat gembira melakukan apa yang disukai seperti menghasilkan karya berkualiti, video klip dan apa sahaja yang berkaitan dengan nyanyian.

“Sejujurnya, saya belum puas dan saya rasa saya tidak pernah bekerja keras untuk mampu bertahan hingga ke saat ini.

“Konsert ini dianjurkan kerana ia membuktikan kesetiaan ‘pencinta Rossa’ (kelab peminat Rossa) yang selama ini menyokong saya tidak kira usia tua dan generasi muda.

“Iya, saya gembira buat mereka yang mendengar lagu-lagu saya sampai sekarang,” katanya kepada URTV.

Rossa ditemui ketika sidang media Konsert Rossa 25 Shining Years yang diadakan secara virtual, baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai pemilihan ‘shining’, Rossa memberitahu ia membawa maksud kilauan atau sinaran kepada 25 tahun onak dan duri dalam karier nyanyian yang didepani sebelum ini.

“Konsert ini sangat bermakna buat saya selain ia berskala mega dan pertama kali dianjurkan selepas pandemik Covid-19. ‘Shining’ itu dipilih kerana saya pasti semua orang ingin berkilau dan bersinar dalam hidupnya.

“Justeru selama 25 tahun ini, saya anggap kilauan itu bukan hanya satu warna tetapi dicampuri dengan banyak warna. Sebab itu saya pilih 25 Shining Years.

“Sebanyak 27 lagu akan dinyanyikan pada konsert itu nanti. Saya sudah tidak sabar untuk menghiburkan peminat yang akan hadir nanti,” ujarnya lebih lanjut.

Selain Rossa, konsert yang melibatkan empat pengarah muzik termausk Andi Rianto dan kumpulan orkestranya, ia turut menampilkan penyanyi undangan antaranya Ariel Noah, Afgan, Boy William dan Lyodra.

Selain Konsert Rossa 25 Shining Years, Rossa akan turut mengadakan persembahan di Surabaya dan Bandung pada Julai depan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This