Lapan ditahan bergaduh berebut kekasih

Dari Penulis

GARA-GARA berebutkan seorang kekasih, lapan lelaki termasuk murid sekolah ditahan polis selepas bergaduh di sebuah restoran dekat Taman Ehsan Jaya di Pandamaran, Klang pukul 2.10 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kesemua suspek berusia 14 hingga 21 tahun itu ditahan di sekitar kawasan Kapar dan Klang.

Beliau berkata, hasil soal siasat, kesemua suspek mengaku terlibat dalam kejadian pergaduhan tersebut.

“Polis turut merampas beberapa telefon bimbit, beberapa helai pakaian, sebuah kereta dan dua batang besi besbol,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Teletubbies pecah, kedai mainan minta maaf, ‘refund’ penuh HK$33,600

Tambahnya, hasil siasatan mendapati dua suspek turut mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah.

“Kesemua yang ditahan direman bermula hari ini selama tiga hingga enam hari”.

Hoong Fong berkata, campur tangan daripada rakan-rakan suspek dan mangsa terbabit telah membawa kepada unsur-unsur gangsterism.

“Polis kini membuka Kertas Siasatan di bawah Seksyen 148/326 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

@utusantvofficial

Awek punya pasal gaduh. Kejadian di Pandamaran, Klang. 24 MEI 2022. #fyp #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Justeru, ibu bapa dinasihatkan untuk memantau pergerakan anak-anak terutamanya pada waktu lewat malam supaya tidak keluar rumah tanpa sebab dan wajib mengambil tahu pergaulan serta latar belakang rakan-rakan mereka.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang aktiviti jenayah diminta untuk bekerjasama dengan pihak polis dan menyalurkannya terus kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33719999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This