Mangsa maut di tempat kejadian.

Seorang lelaki maut ditembak semasa dia hendak masuk ke dalam kenderaannya, di hadapan sebuah restoran di Jalan Kampung Baru, dekat Sungai Petani, hari ini.

Ketua Polis Kedah, Wan Hassan Wan Ahmad berkata, kejadian pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu mengakibatkan S.Murali, 36, yang ditembak dari jarak kurang daripada satu meter, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian muka dan badan.

Beliau berkata sebelum kejadian, lelaki itu bersama rakan, isteri dan seorang kanak-kanak dipercayai anak angkatnya datang ke sebuah restoran berkenaan dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) untuk membeli makanan.

“Ketika hendak masuk semula ke dalam kenderaannya, dua motosikal yang dinaiki empat suspek yang memakai jaket dan topi keledar muka penuh, telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah lelaki itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Baca artikel berkaitan: 21 orang murid ditahan bergaduh di Sandakan

Wan Hassan berkata lapan kelongsong peluru dijumpai di tempat kejadian setakat ini dan polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran serta mencari saksi bagi membantu siasatan.

“Motif kejadian masih belum diketahui,” katanya dan menambah lelaki yang ditembak itu dipercayai terlibat dengan kumpulan kongsi gelap, gangsterism dan pengedaran dadah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram