SILAT disifatkan sebagai benteng ketiga pertahanan boleh membantu kerajaan mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara yang sedang dikecapi Keluarga Malaysia ketika ini.
Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua kejayaan dan pencapaian negara tidak berlaku sekelip mata.
Menurut beliau, kejayaan negara adalah hasil daya usaha generasi Keluarga Malaysia terdahulu yang seharusnya disambung generasi yang ada.
Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa menyokong usaha yang dijalankan oleh pelbagai pihak.
“Aktiviti silat merupakan entiti yang menjana modal insan dan intelektual serta bertindak sebagai ejen perancang strategik masyarakat di samping menjadi ejen pelaksana kepada program-program berimpak positif.
“Ilmu silat harus diinstitusikan sebagai wadah dan wacana perkembangan ilmu melalui strategi berlandaskan agenda pendidikan, warisan budaya dan kesukanan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan dan Penyampaian Ijazah Peringkat Kebangsaan Ke-36 Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia, hari ini.
Baca artikel berkaitan: Malaysia, Jepun setuju hubungan dinaik taraf lebih komprehensif – PM Ismail Sabri
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, silat juga memainkan peranan besar membantu kerajaan menghindarkan belia dan beliawanis negara daripada gejala tidak sihat.
Katanya, aktiviti itu juga melatih golongan belia dengan keperibadian baik, mulia, berkeyakinan diri, berdisiplin dan patuh kepada pemimpin melalui latihan.
Justeru, Ismail Sabri memaklumkan, pertubuhan silat berhasrat memperluas budaya silat menerusi pelbagai saluran untuk kakitangan awam dan swasta serta institusi pengajian tinggi yang diyakini mampu membentuk remaja lebih berperibadi dan mempunyai nilai murni.
“Silat juga menjadi jambatan budaya Melayu dengan dunia luar menerusi ratusan ribu ahlinya di benua Eropah, Asia Tengah, Asia Timur dan Afrika.
“Oleh itu, silat perlu dipertahankan supaya satu daripada budaya persilatan yang telah bertapak sekian lama ini akan dapat dikekalkan dan diterima semua lapisan masyarakat,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

