Fesyen pelik Vida, netizen samakan dengan Majin Buu watak kartun Dragon Ball

Dari Penulis

PENAMPILAN usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida di Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) malam tadi mencuri perhatian netizen.

Apa tidaknya, Vida yang menyarungkan persalinan gaun berwarna merah jambu rekaan Razman Razmi dengan perhiasan di kepala ala ‘toncet’ itu disamakan dengan watak kartun Dragon Ball iaitu Majin Buu.

Vida turut berkongsi beberapa keping foto yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya yang mengundang pelbagai reaksi netizen.

“Ini fesyen tudung penyandar kerusi. Cuba tengok betul-betul, macam bawa penyandar kerusi ke mana-mana. Sangat kreatif,” tulis @omme_mommy.

“Teringat cerita Power Rangers dulu-dulu,” kata @nonara_nur.

“Datuk bawa apa dekat belakang tu,” ujar @anibunga.

“Cantik macam majin buu,” tulis @bobiskvndvr

Pada acara yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi, Vida turut tampil sebagai penyampai anugerah bersama pelakon Catriona Ross.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This