Garuda Airlines sahkan pesawat ke Palu alami gelora udara

Dari Penulis

GARUDA Airlines hari ini mengesahkan video tular penumpang pesawat cemas selepas terpaksa menempuh air turbulence atau gelora udara ketika menuju ke Palu, Sulawesi Tengah adalah pesawat milik syarikat itu.

Memetik laporan Kompas.com, perkara itu disahkan sendiri oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Garuda Indonesia, Irfan Setiaputra dalam satu kenyataan media hari ini.

Kata Irfan pesawat dengan nombor penerbangan GA 608 itu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Sultan Hasanuddin Makassar ke Palu pada Ahad lepas.

Pesawat itu berlepas dari Makassar pada pukul 1.30 petang dan terpaksa mengharungi cuaca buruk selepas berlaku perubahan mendadak pada kelajuan angin.

“Demi keselamatan penumpang, juruterbang pesawat itu mengambil langkah berjaga-jaga sebelum mendarat.

“Juruterbang mengambil langkah sewajarnya mengikut prosedur ‘Go Around’ dengan melaraskan semula ketinggian pesawat pada ketinggian tertentu bagi memastikan keadaan cuaca kondusif untuk mendarat semula,” kata Irfan dalam satu kenyataan.

Baca artikel berkaitan: Sebab hon, dua lelaki bertampar di tepi jalan

Katanya, selepas menjalankan prosedur “Go Around”, penerbangan GA 608 berjaya mendarat dengan lancar dan selamat pada pukul 3.15 petang di Palu.

Namun begitu, Irfan merakamkan permohonan maaf atas kesulitan yang dialami penumpang dalam penerbangan itu.

Beliau juga memastikan keselamatan adalah komitmen bersama kepada semua barisan operasi Garuda Indonesia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This