MASALAH kenaikan inflasi dan kos sara hidup rakyat membuatkan kerajaan ketika ini tidak mempunyai banyak pilihan dan mungkin akan memperkenalkan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan akan memastikan kadar GST yang akan diperkenalkan semula nanti tidak terlalu tinggi sehingga membebankan rakyat.
Jelas beliau, langkah itu dilihat sebagai satu cara efektif menambah pendapatan negara bagi menangani tekanan ekonomi ketika ini.
Ujanya, sistem percukaian tersebut mampu untuk mengembangkan pendapatan negara selain membantu kerajaan menampung pemberian subsidi bagi keperluan rakyat.
“Kita telah kehilangan RM20 bilion pendapatan tahunan apabila kita memansuhkan GST dan mengembalikan sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
“Tiada negara dalam dunia ini yang kembali dari GST kepada SST, melainkan Malaysia,” katanya memetik laporan Astro Awani.
Baca artikel berkaitan: PKS dalam kritikal tetapi GST bukan jawapannya – Shahril Hamdan
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, kerajaan sedar tentang pandangan negatif rakyat terhadap sistem percukaian tersebut.
Ujar beliau, kerajaan akan mencari jalan untuk mendidik dan menimbulkan kesedaran tentang sudut positif GST serta sistem pengutipan cukai yang lebih telus.
Untuk rekod, GST mula diperkenalkan pada 1 April 2015 dengan kadar standart enam peratus yang dikenakan pada setiap rangkaian bekalan.
Begitupun, ada sesetengah barangan bernilai sifar dikecualikan GST.
GST kemudiannya digantung pada 1 Jun 2018 dan akhirnya dimansuhkan apabila ia digantikan dengan sistem SST bermula 1 September 2018.
Kadar cukai semasa bagi cukai jualan adalah 5 peratus dan 10 peratus.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

