Setiap hari anak minta ‘ayah baru’ tapi Lufya masih belum terbuka pintu hati

Dari Penulis

PELAKON Lufya Omar akui hatinya masih belum terbuka untuk menerima mana-mana lelaki sebagai teman hidup dan hanya mahu memberi perhatian buat anak perempuannya, Laana Haura.

Lufya Omar atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar memberitahu bahawa kini dia juga sedang sibuk menguruskan perniagaannya.

Menurutnya lagi, mengambil keputusan untuk menutup pintu hati buat sementara waktu bukan disebabkan trauma atas kegagalan rumah tangga yang lalu.

Malah, anaknya turut menggalakkan dirinya untuk mencari pengganti.

“Saya belum terbuka hati. Bukan sebab trauma. Tapi sebab saya rasa kehidupan sekarang lebih bahagia. Sebab saya sekarang sibuk dengan adanya perniagaan kedai roti saya.

“Tambahan pula, saya gembira jalani kehidupan bersama anak saya. Disebabkan seronok bersama anak dan sibuk berniaga, saya tak rasa pun kesunyian.

“Ikutkan anak memang galakkan saya berkahwin. Hari-hari tanya bila nak cari ayah baru (new papa). Apa-apa pun saya berserah pada Allah. Doa yang terbaik untuk kehidupan saya,” jelasnya memetik mStar.

Luyfa yang juga bekas peserta Akademi Fantasi musim keenam itu meluahkan rasa syukur selepas berjaya mengharungi detik sukar menurunkan berat badan sebanyak 25 kilogram dalam tempoh enam bulan.

Pelakon yang kini berusia 37 tahun itu memberitahu antara faktor yang menyebabkan penurunan tersebut adalah pembedahan bariatrik yang dilakukan pada bulan November tahun lepas atas nasihat pakar bedah itu sendiri iaitu Dr. Mustafa Mohamed Taher.

“Alhamdulillah, dalam masa enam bulan saya berjaya turunkan berat dari 85 kilogram kepada 60 kilogram. Saya dan boleh kawal pemakanan dan jadi lebih mudah untuk turun berat.

“Bila nak solat, badan jadi lebih ringan berbanding sebelum ini terasa berat. Mahu angkat badan sendiri turut berasa susah. Apabila melakukan kerja saya jadi mudah mengah dan diserang asma yang sangat teruk.

“Jadi, Saya jumpa Dr Mustafa dan dia memberikan cadangan untuk melakukan pembedahan bariatrik atas factor kesihatan. Apabila sudah turun berat badan ini terasa macam kembali ke zaman anak dara dahulu dan badan turut terasa ringan,” luahnya lagi.

Untuk rekod, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Che Muhammad Hafiz Che Baharum pada 26 November 2016.

Namun, mereka sah bercerai pada 17 Jun 2020. Hasil perkahwina itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Laana Haura yang kini berusia empat tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This