Tudung Jennaira lebar sayap ke Indonesia. Tawar 10 rekaan berbeza, terhad hanya 10,000 helai

Dari Penulis

Meski baru bertatih dalam dunia rekaan hijab, namun konsep dan corak unik Tudung Jennaira pantas menangkap ‘mata’ dan perhatian peminat fesyen tanah air.

Mengehadkan hanya 1000 helai bagi setiap rekaan, jelas pengasas Jennaira Holding, Datin Seri Azlina Hanim, tudung ini dikeluarkan secara tiga peringkat menerusi 10 corak dan konsep berbeza.

“Tudung Jennaira bersama dutanya, Arviena masih dikira baru dan alhamdulillah setakat ini sambutan yang diterima secara dalam talian cukup positif.

“Kami keluarkan tudung ini secara tiga peringkat menerusi 10 corak dan konsep berbeza. Ia menggunakan fabrik satin, ada bawal dan juga shawl. Harganya mampu milik, RM70 sehelai dan syukur, ia juga turut dipasarkan di Indonesia.

“Setiap keluaran itu terhad. Kena ‘pre-order’, jadi ia lebih eksklusif dan insya-Allah, koleksi baru akan dilancarkan bersempena Hari Raya Haji nanti,” katanya yang turut optimis mengeluarkan telekung, tidak lama lagi.

Jennaira Holding yang diusahakan Datin Seri Azlina Hanim dan suami turut mempunyai beberapa rangkaian perniagaan lain seperti minuman, makanan, ais krim yogurt dan produk kesihatan.

Terdahulu, Azlina ditemui di Majlis Rumah Terbuka Jennaira Holdings Sdn Bhd x Arviena di Hotel Royal Chulan, Petaling Jaya pada Ahad.

Percaya rezeki lebih bermakna bila dikongsi, usahawan berjaya ini turut meluahkan rasa berterima kasih kepada semua pihak yang sudi bersama-sama menjayakan rumah terbukanya, tahun ini.

“Kita jemput lebih 700 anak tahfiz dan anak yatim untuk sama-sama meraikan hari raya. Malah ketika sambutan hari jadi suami dan buka puasa sebelum ini, kami turut jemput mereka. Sudah jadi satu tradisi bagi kami di Jennaira Holding.

“Malah setiap pembelian tudung ini atau mana-mana produk keluaran kami, mereka secara tak langsung turut menderma dalam menjayakan rumah terbuka ini.

“Majlis yang bermula sekitar jam 2.00 petang dan membawa ke malam dengan tema Bollywood berjalan lancar syukur alhamdulillah,” katanya lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This