UPSI jalin kerjasama dengan AIU, kongsi kepakaran bidang pendidikan awal kanak kanak

Dari Penulis

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)  menjalinkan kerjasama dengan Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) untuk mmperluaskan perkongsian kepakaran pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) antara kedua-dua buah institusi di Alor Setar.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Suriani Abu Bakar yang mewakili UPSI, kerjasama tersebut bakal melihat perkongsian idea dan inovasi melalui penglibatan dalam program berkaitan pembangunan Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK)  di Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC), UPSI.

“Sebagai peneraju universiti pendidikan, UPSI sentiasa komited membawa perubahan dalam pendidikan dengan menyebarkan ilmu melalui pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, penerbitan, rundingan dan khidmat masyarakat dalam konteks kecemerlangan pembangunan modal insan di peringkat tempatan dan antarabangsa,” jelasnya selepas menandatangani perjanjian persefahaman di Kampus Lingkungan Ilmu Sharifah Rokiah, AIU, Alor Setar.

Sementara itu, Naib Canselor AIU, Prof. Emeritus Datuk Dr. Abd. Aziz Tajuddin turut mengalu-alukan kerjasama dengan UPSI dan menyifatkan peluang untuk berkongsi pengalaman seterusnya melestarikan perkembangan pendidikan negara yang lebih mapan.

“Demi meneraju sinergi pendidikan tanahair yang lebih baik, pusat pengajian perlulah berganding bahu bekerja seiring, bukannya bersaing antara satu sama lain. Dengan kerjasama yang terjalin ini sekaligus dapat membantu negara ke arah masa depan pendidikan yang lebih baik,” jelasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Zulhijjah menyisih ego, membebas jiwa

Oleh : Pegawai Pejabat Zakat, Wakaf, Infaq (ZAWAIN) dan Pensyarah Sambilan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia...

More Articles Like This