Rumput hijau bertukar batu hitam, akhirnya pemilik vila buka mulut

Dari Penulis

GEMPAR di laman sosial kononnya sebuah keluarga pengantin telah bertindak mementingkan diri sendiri dengan menabur batu tar jalan di halaman sebuah vila dekat Selangor tanpa kebenaran pemilik baru-baru ini.

Bagaimanapun, kebenaran di sebalik kisah tersebut terbongkar apabila pemilik vila tampil berkongsi kisah sebenar ketika dihubungi UtusanTV hari ini.

Menurut pemilik vila yang dikenali sebagai Adam, dia menafikan dakwaan oleh sebuah akhbar kompak yang sebelum itu turut tular di media sosial bahawa pelanggannya telah menabur batu tar sehingga pemilik terpaksa “garu” kepala.

Sebaliknya, pihak pemilik vila dan keluarga pengantin sama-sama terpaksa membuat keputusan sedemikian oleh kerana hujan yang tidak berhenti turun sehingga menyebabkan kawasan yang menjadi tapak majlis berlangsung dinaiki air.

Malah katanya, pihak keluarga pengantin juga telah meminta kebenaran terlebih dahulu sebelum meletakkan batu di kawasan vila tersebut.

Katanya, kejadian berlaku pada Mac lalu dan semua kawasan sekitar Selangor pada waktu itu dilaporkan dilanda hujan lebat.

Baca artikel berkaitan : Tiga kali akad, pemuda lafaz RM500 juta tunai nafi ia ‘content’ media sosial

Tambah Adam, pihaknya juga tidak dapat memberikan lokasi perkahwinan yang lain untuk pelanggannya kerana vila tersebut sahaja yang ada.

Malah, tetamu pengantin seramai hampir 400 orang juga sudah maklum akan lokasi tersebut.

“Waktu itu hujan tidak berhenti sehingga pukul 2 pagi sedangkan majlis akan berlangsung pada keesokan hari.

“Kami dan pihak keluarga pengantin masing-masing tiada pilihan lain dan saya terpaksa bersetuju untuk letak batu. Namun, ia bukanlah batu tar seperti yang diperkatakan orang ramai dan hanya batu berwarna hitam sahaja,” jelasnya.

Keadaan vila terbabit sebelum kejadian pemasangan batu. GAMBAR: Twitter @aisruslan

Katanya, pihak keluarga pengantin yang menguruskan pembelian batu tersebut telah membayar kos pengangkutan manakala pemilik rumah juga terpaksa membayar sebanyak RM5,000 bagi kos batu terbabit.

Mengulas lanjut, Adam berkata tidak semua ciapan yang tular di laman Twitter itu benar, dan tidak semuanya salah.

“Mereka tidak tahu cerita sebenar dan hanya buat andaian sendiri.

“Kami terkejut siap ada pihak yang tulis bersumpah doakan pihak pengantin untuk bercerai. Sedangkan saya sebagai pemilik tidak bertindak sebegitu,” ujarnya.

Jelasnya, pihaknya dan pihak pengantin juga tidak gembira akan pemasangan batu tersebut, namun itu adalah penyelesaian terakhir bagi memastikan majlis berjalan lancar dan sempurna.

“Pihak kami juga tidak mahu merosakkan hari bahagia pengantin dengan perkara sebegini. Kami sudah selesaikan secara baik dan tiada sebarang laporan polis atau tindakan dibuat,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This