PENYANYI terkenal dunia Charlie Puth, 30, berkongsi video ‘sneak peak’ mengenai lagu yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.

Perkongsian di Tiktok pada pagi tadi oleh pelantun lagu Attention itu juga disertakan kapsyen yang berkemungkinan lirik pada lagu berkenaan.

“Oh No!,” tulisnya pada kapsyen.

Susulan perkongsian itu, Charlie juga mendedahkan bahawa lagu itu bakal dikeluarkan pada bulan ini selepas membalas komen daripada seorang netizen.

“Ia akan dikeluarkan pada bulan ini,” balas Charlie.

Rata-rata peminat dan netizen teruja dan tidak sabar untuk mendengar hasil lagu yang bakal dikeluarkan susulan video yang dikongsikan oleh penyanyi yang juga merupakan penulis dan penerbit lagu itu.

“Lagu ni pasti menakjubkan wow (This is going to be so good wow),” komen salah seorang peminat.

“Kejutan ini sangat berbaloi untuk ditunggu. Tak sabar untuk mendengar keseluruhan lagu ini (The surprise was so worth the wait. Can’t wait for Left and Right to drop now),” komen salah seorang netizen.

“Pengalaman yang terbaik apabila menggunakan fon kepala (Best experience with Headphones),” tulis @fineigmyneisyeoja pada ruangan komen.

Selain meluahkan rasa teruja, peminat dan netizen juga turut bertanya adakah penyanyi kumpulan K-Pop BTS, Jungkook bakal tampil dalam lagu berkenaan.

“Beritahu saya…kolaborasi bersama Jungkook? (spill it…jungkook collab?),” komen salah seorang peminat.

“Beritahu saya Jungkook ada bersama kamu dalam lagu ini (Jungkook is with you on this tell me),” komen salah seorang netizen.

Sebagai info, Charlie pernah mendedahkan bahawa dia akan bekerjasama dengan kumpulan BTS ketika ditemu bual oleh KIIS FM pada program 2022 iHeartRadio Wango Tango Festival yang berlangsung di Los Angeles, 4 Jun yang lalu.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian video di Tiktok itu meraih lebih 800 ribu jumlah tontonan.

Perkongsian yang dimuat naik dua jam yang lalu itu juga memperoleh lebih 160 ribu tanda suka beserta 3,200 jumlah komen.