“Saya hilang kata-kata. Tidak ingat Tuhan ke orang macam ni?…,” – Mira Filzah berang terhadap agensi ‘scam’ bakal jemaah haji

Dari Penulis

PELAKON dan pengacara Mira Filzah meluahkan rasa simpati kepada bakal jemaah haji yang menjadi mangsa ‘scam’ dan ditipu oleh sebuah agensi pelancongan.

Semalam, sebanyak 380 orang bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.

Mira, 29, turut meluahkan rasa marah dah kecewa menerusi Insta Stories miliknya baru-baru ini terhadap agensi berkenaan yang sanggup melakukan perkara terkutuk itu.

“Allahuakbar.. Marah dan sedihnya. Bukan semua orang hidup senang, ada yang berpuluh tahun kumpul duit untuk pergi haji,” luahnya.

Tambah pelakon drama Cinta si Wedding Planner itu, ada individu menggunakan wang persaraan untuk menampung perjalanan ke Tanah Suci.

“Ada mak cik dan pak cik guna duit simpanan atau pencen yang sudah berpuluh tahun untuk pergi haji…. Agensi ini menipu?

“Saya hilang kata-kata. Tidak ingat Tuhan ke orang macam ini? Allahuakabar,” tambahnya.

Untuk rekod, Mira telah mendirikan rumah tangga bersama Wan Emir Astar pada 3 Mei 2020.

Hasil perkahwinan, pasangan merpati dua sejoli itu dikurniakan seorang anak lelaki bernama Wan Khair Amir Wan Emir Astar yang dilahirkan pada 10 Mei lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This