KEJAYAAN diraih Pegawai Kadet Kanan (PKK) tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), B. Janushaa menjadi wanita pertama negara menamatkan pengajian Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat (USNA) membuktikan kewibawaan wanita Malaysia.
Berbangga dengan kejayaan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menyatakan pencapaian Janushaa itu membuktikan anak Malaysia hebat di pentas dunia.
Ismail Sabri turut mengucapkan tahniah atas kejayaan dilakukan Janushaa.
Perdana Menteri turut berharap kejayaan itu menjadi suntikan semangat kepada warga TLDM untuk terus berusaha mencapai kejayaan di masa hadapan.
“Tahniah kepada PKK TLDM, B. Janushaa yang menjadi pegawai wanita pertama negara berjaya menamatkan pengajian dan latihan ketenteraan di USNA.
Baca artikel berkaitan: PM seru Keluarga Malaysia amal konsep Tasamuh dalam bermasyarakat
“Saya amat bangga dengan kejayaan PKK Janushaa yang bukan sahaja membuktikan anak Malaysia hebat di pentas dunia malah menyerlahkan kewibawaan golongan wanita muda Malaysia untuk bersaing dalam dunia ketenteraan.
“Majlis Tamat Pengajian ini disempurnakan oleh Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Janusha, 23, yang merupakan anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang mencipta sejarah apabila menjadi wanita Malaysia pertama diterima masuk ke USNA dalam sejarah kemasukan pelajar negara ini ke akademi tentera berprestij Amerika Syarikat (AS) itu sejak 1971.
Beliau mula menjalani pengajian dan latihan ketenteraan di USNA pada 2018 selama empat tahun bersama 1,085 pelatih dari AS dan 14 pelatih dari luar negara itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

