Remaja tunggang sambil ‘senaman’ didenda 3,000 baht, motosikal disita

Dari Penulis

TINDAKAN seorang remaja di wilayah Nakhon Sawan, menunggang motosikal sambil melakukan aksi terlentang di atas sebuah motosikal sedang bergerak seperti senaman membawa padah apabila dia didenda 3,000 baht (RM380) serta kenderaan turut disita.

Memetik laporan portal thairath.co.th, remaja tersebut juga dikenakan hukuman penjara selama sebulan selepas didapati bersalah di mahkamah wilayah itu.

Aksi merbahaya itu dirakam sebelum ia tular di media sosial di negara Gajah Putih, yang akhirnya pihak polis bertindak menahan remaja itu.

Remaja itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya ketika didakwa di Makhamah Wilayah Nakhon Sawan pada 8 Jun lalu.

Baca artikel berkaitan: Tiga sahabat mahu sambut hari jadi maut di Teluk Intan

Dalam klip video tular itu, kelihatan seorang lelaki menunggang secara bersahaja dengan melepaskan hendal motosikal sambil meregangkan badan.

Rakaman berdurasi satu minit dua saat itu, penunggang motosikal tersebut hampir merempuh sebuah lori ketika melepaskan tangan sebelum kereta yang merakam aksinya membunyikan hon.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This