PENGGUNA perkhidmatan kereta api Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter di Lembah Klang juga akan menikmati tambang percuma selama sebulan mulai hari ini.
Itu kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sebelum itu mengumumkan pemberian perkhidmatan pengangkutan awam dikendalikan RapidKL secara percuma selama satu bulan.
Menurut Perdana Menteri, kerajaan memperuntukkan subsidi sebanyak RM155 juta untuk membiayai pemberian tambang percuma itu.
“Kerajaan memberikan subsidi berjumlah RM140 juta bagi membolehkan penumpang mendapat tambang percuma pengangkutan RapidKL.
“Selain itu, pengangkutan KTM Komuter juga dapat tambang percuma iaitu subsidi RM15 juta,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Transit Aliran Ringan (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu, hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri dalam ucapan memaklumkan, perkhidmatan percuma bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL selama satu bulan mulai hari ini.

Baca artikel berkaitan: Pengangkutan awam RapidKL percuma satu bulan – PM
Beliau berkata, ia merangkumi perkhidmatan MRT; transit aliran ringan (LRT); transit aliran bas (BRT), monorel serta bas RapidKL.
“Kita memahami tentang kesusahan rakyat pada hari ini terutama ketika peningkatan harga barang yang membebankan rakyat.
“Kita faham kos sara hidup semakin meningkat, oleh itu sempena pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu saya dengan sukacitanya mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL iaitu MRT, LRT, BRT, Monorel serta bas RapidKL selama satu bulan bermula hari ini.
“Saya berharap Keluarga Malaysia yang terlibat mengambil kesempatan mencuba perkhidmatan pengangkutan awam ini dan meletakkan kenderaan masing-masing di Park N Ride dan #JomNaikMRT,” katanya.
Mengulas mengenai tawaran istimewa lain kepada pengguna, Perdana Menteri memberitahu, sekiranya ada, perkara itu akan diumumkan sebelum tamat tempoh perkhidmatan secara percuma berakhir.
“Sebenarnya tambang sebenar untuk kereta api di bawah RapidKL adalah RM200 seorang tetapi kerajaan memberi subsidi sebanyak RM150, sebab itu pengguna membayar RM50 sebulan.
“Sebelum ini saya juga telah melancarkan Pas Keluarga Malaysia dengan harga cuma RM15 membolehkan seramai empat orang dalam satu kumpulan menikmati perkhidmatan ini,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

