Sukan Komanwel: Peja hubungi Zii Jia, jadual padat jadi sebab

Dari Penulis

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menghormati keputusan pemain profesional negara Lee Zii Jia yang menarik diri daripada beraksi di Sukan Komanwel 2022 di Birmingham pada 28 Julai hingga 8 Ogos.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pihaknya akur dengan Zii Jia yang mahu memberi fokus kepada persiapan menghadapi Kejohanan Dunia di Tokyo, Jepun pada Ogos depan.

“Saya sudah bercakap dengan beliau sendiri dan beliau memohon maaf kerana sebenarnya bersungguh-sungguh hendak mewakili negara (Sukan Komanwel) tetapi jadual begitu padat menyebabkan terpaksa mengambil keputusan yang berat.

“Beliau sebenarnya berasa kesal kerana tidak dapat mewakili Malaysia untuk (sasaran) membawa pingat emas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sukan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan di Ipoh hari ini.

Baca: Zii Jia tarik diri Sukan Komanwel, beri tumpuan Kejohanan Dunia

Rabu lepas,  pemain kelima terbaik dunia itu memutuskan untuk tidak membuat penampilan pada Sukan Komanwel disebabkan jadual padat yang diharunginya sejak kebelakangan ini, di samping berhasrat memberi tumpuan sepenuhnya kepada Kejohanan Badminton Dunia.

Kekosongan ditinggalkan juara Asia itu memberi peluang buat Ng Tze Yong menggalas tugas sebagai perseorangan lelaki negara.

Pada temasya di Gold Coast 2018, skuad badminton membawa pulang dua emas, satu perak dan dua gangsa dengan pingat emas dihadiahkan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan beregu wanita Chow Mei Kuan-Vivian Hoo

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Isu pemain naturalisasi: FAM sedang perkukuh aspek tadbir urus

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) sedang memperkukuh aspek tadbir urus, bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap integriti dan kredibiliti bola sepak...

More Articles Like This