Sedapnya resipi gulai daging kawah arwah ayah. Disertakan langkah demi langkah untuk panduan

Dari Penulis

Hari Raya Aidiladha bakal menjelang lagi beberapa hari, sudah pasti dalam kepala memikirkan menu masakan untuk dihidangkan untuk keluarga di pagi raya nanti.

Gulai daging ini cukup sesuai bagi mereka yang mahukan kelainan selain daripada menu rendang dan kari.

Terima kasih Siti Noor Hidayah Samah atas perkongsian resipi.

“Arwah ayah saya dulu tukang masak kenduri. Orang kahwin. Majlis akikah. Tahlil. Selalunya dia bahagian masak nasi dan gulai kawah. Selalu lah kami adik-beradik ikut dia masak. Ada lah sikit-sikit dapat ilmu duk tengok dia masak. Nah saya share resipi gulai daging. Sempena musim daging ni kan.”

-1 kg daging lembu

-1 biji kelapa ( Jadikan santan sederhana pekat)

-1 biji bawang besar (Mayang)

-2 kulit kayu manis

-3 kuntum bunga lawang

-5 kuntum bunga cengkih

-4 biji buah pelaga

-3 sudu besar cili boh

-3 sudu besar rempah gulai daging

-Gula melaka

-Garam

-1 asam keping

-1 sudu besar kerisik

-3 biji ubi kentang

*7-10 biji bawang merah

*2 ulas bawang putih

*1 inci halia

*1 inci lengkuas

*1 inci kunyit hidup

# Kisar bahan bertanda *

Cara-cara ada di gambar ya. 

#gulaidaging

#anaktukangmasak

Cara :

Mula-mula panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama rempah 4 beradik.
Kemudian, masukkan cili boh.
Masak kejap sampai bau cili boh tu masak.
Kemudian masukkan bahan kisar tadi dan masak sampai pecah minyak.
Masukkan rempah gulai daging. Boleh gunakan cap bunga ros.
Gaul sebati.
Kemudian masukkan daging.
Gaul rata daging dgn rempah.
Masukkan air dan masak sehingga daging empuk. Masa ni saya pindahkan daging ke periuk tekanan.
Masuk periuk tekanan set menu daging (noxxa) 30 minit dan tunggu sampai siap. Kalau tiada periuk tekanan masak je atas dapur sampai daging empuk.
Dah siap, pindah semula ke kuali tadi dan masukkan kerisik dan asam keping. Keringkan sedikit air.
Kemudian masukkan santan, ubi kentang, garam dan gula melaka. Bila kentang dah empuk, perlahankn api dapur dan reneh kejap dalam 5 minit bagi pecah minyak.
Dah siap.
Saya regukan dengan nasi minyak, acar nanas dan sambal belacan.

Sumber : Siti Noor Hidayah Samah


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This