Resipi gulai daging oleh Cef Zam ini adalah resipi warisan yang diperoleh daripada ibunya. Tengok gambar kecur air liur dibuatnya. Pasti sedap. Berbaloi cuba.

BAHAN
1 kg daging – potong setebal 4 cm
500 gm rebung – hiris dan rebus
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar minyak sapi
2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
4 tangkai daun kari
Sedikit gula Melaka
Minyak masak menumis
Garam

BAHAN KISAR HALUS
1 bawang besar
6 ulas bawang putih
4 cm halia

BAHAN REMPAH TUMIS
4 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga
½ sudu kecil lada hitam

BAHAN PES REMPAH
1 bungkus rempah kari daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan putih

CARA
1.Daging dibersihkan, kemudian direbus sehingga lembut.
2.Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus, daun kari dan bahan rempah tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
3.Bancuh bahan pes rempah dengan sedikit air dan tuang ke dalam periuk. Kacau sehingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak.
4.Masukkan ketulan daging bertulang bersama air rebusan sekali. Kemudian masukkan rebung, kerisik dan santan cair. Masak sehingga mendidih.
5.Selepas itu, masukkan santan cair dan teruskan masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat. Masukkan sedikit gula Melaka dan garam secukup rasa.

Resepi: Cef Zamzani Abdul Wahab

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi