Lakukan ujian kendiri sebelum balik kampung – KJ

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

ORANG ramai diingatkan supaya melakukan ujian kendiri sebelum pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Aidiladha.

Pada masa sama, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menasihatkan orang ramai berwaspada apabila pergi menziarah ahli keluarga.

Menurut beliau, ini kerana bilangan kes harian melonjak kepada 3,410 pada 12 Mei lalu sewaktu musim Hari Raya Aidilfitri.

“Ini antara lain berpunca daripada peningkatan kadar pergerakan dalam masyarakat dan aktiviti perkumpulan ramai.

“Jadi menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha ini, teruskan berwaspada apabila pergi menziarah ahli keluarga.

“Pakai pelitup muka apabila di kawasan tertutup dan sesak, amalkan langkah-langkah uji, lapor, maklum, asing dan dapatkan rawatan (TRIIS).

“Lakukan ujian kendiri sebelum balik kampung,” katanya dalam hantaran di Twitter, hari ini.

Orang ramai dinasihatkan amalkan TRIIS. Infografik: Twitter Khairy Jamaluddin

Baca artikel berkaitan: Jangan ambil ringan dua subvarian baharu Omicron – Khairy

Semalam, Khairy turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil ringan peningkatan kes COVID-19 yang didorong oleh dua subvarian baharu Omicron.

Katanya, lebih 110 negara telah merekodkan peningkatan kes COVID-19 ekoran subvarian BA.4 dan BA.5 Omicron.

Beliau juga menasihatkan supaya sesiapa yang belum mendapatkan dos penggalak serta dos penggalak kedua bagi warga emas dan golongan berisiko supaya berbuat demikian.

Jumlah kes baharu COVID-19 di negara ini kembali menunjukkan peningkatan iaitu semalam jumlah penularan COVID-19 melepasi 3,000 kes dengan 3,561 kes dilaporkan.

Jumlah itu sekali gus menjadikan angka jangkitan COVID-19 di negara ini meningkat kepada 4,582,302 kes.

Kali terakhir negara ini mencatatkan kes lebih 3,000 ialah pada 13 Mei lalu dengan 3,029 kes dilaporkan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja lelaki maut terlanggar kerbau melintas jalan di Jelebu

DUA remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 11...

More Articles Like This