OLEH: DATUK RUHAIDINI ABD. KADIR
Alhamdulillah usai sudah lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Turkiye selama empat hari.
Perdana Menteri berada di Istanbul sebelum ke Ankara bermula 5 hingga 8 Julai 2022, atas undangan Presiden Recep Tayyip Erdogan sendiri.
Perdana Menteri diberikan sambutan rasmi di Kompleks Presiden Turkiye di Ankara, Turkiye dan disambut Erdogan.
Ketibaan Ismail Sabri di Kompleks Presiden pada Khamis lalu, disiarkan secara langsung di laman sosial Twitter rasmi Erdogan – antara sosok negarawan ternama dunia yang sangat hebat bagi saya.
Masakan tidak; dengan Erdogan – dunia boleh belajar bagaimana beliau berjaya mematahkan cubaan rampasan kuasa paling dahsyat di Turkiye oleh pengkhianat yang bertindak dengan kerahsiaan tinggi, dengan penglibatan ramai jeneral utama, malah sebahagian adalah pembantu rapat dengan mereka yang berada di koridor kuasa!
Menyelusuri tragedi 15 Julai 2016, Istana Presiden di Ankara dibom. Kediaman Erdogan di Marmaris telah diserang sekaligus menyebabkan pertempuran berdarah di antara pegawai polis dengan tentera pro-rampasan.
Kumpulan perampas iaitu Pertubuhan Pengganas Fetullah (Feto) menyerbu studio TV milik negara, memaksa pembaca berita wanita yang ketika itu sedang ke udara, mengumumkan mereka telah merampas kuasa.
Baca artikel berkaitan: Malaysia hasrat kerjasama Turkiye bangunkan industri pertahanan
Namun akhirnya, berjuta-juta rakyat Turkiye membanjiri jalan raya selepas Erdogan merayu kepada mereka melalui aplikasi Facetime di telefon bimbitnya untuk menghentikan kemaraan kereta kebal dan perisai.
Selepas cubaan rampasan kuasa pada 15 Julai gagal, kira-kira 50,000 orang ditangkap. Antara yang ditahan ialah ketua pengiring kepada Presiden Turkiye sendiri.
Ironisnya, Turkiye pernah melalui beberapa rampasan kuasa tentera beberapa dekad yang lepas, namun rampasan pada 2016 yang berjaya ‘dipatahkan oleh kuasa rakyat’ disifatkan sebagai luar biasa!
Justeru, pengajaran penting bagi seluruh dunia daripada peristiwa yang dilalui Turkiye enam tahun lalu ialah bagaimana Erdogan berjaya meraih sokongan dan simpati rakyat dengan membanjiri jalan raya – menyebabkan rampasan kuasa tidak berjaya.
Penyatuan kuasa rakyat yang mempamerkan solidariti untuk menyelamatkan demokrasi Turki itu, jelas tidak pernah berlaku dalam sejarah moden mana-mana negara.
Penulis adalah Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

