Ubi kentang adalah bahan masakan yang boleh dipelbagaikan cara memasaknya. Tidak kira hidangan barat, timur, fusion, malahan hidangan tradisional kita pun banyak yang menggunakan kentang. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan kentang disukai dan diterima oleh kebanyakan masyarakat dunia.
Kentang juga boleh dimasak dengan pelbagai cara termasuk rebus, goreng, panggang dan sedap juga jika dicampurkan dalam aneka masakan seperti masakan kari, masak lemak cili padi, sup dan salad (sekadar menyebut beberapa jenis masakan).
Ia juga boleh menjadi bahan asas masakan yang membangkitkan selera dan dipelbagaikan cita rasa seperti dilenyek untuk dijadikan krim putar atau menambahkan kepekatan sup, dibuat doh dan dicampur bahan lain supaya boleh dibuat kuih, roti dan banyak lagi.
Mungkin ada yang ragu-ragu dan yang bimbang untuk memakan atau mengambil kentang dalam menu makanannya kerana ia dikatakan, boleh menyebabkan punca kegemukan. Fakta itu ternyata tidak tepat kerana jumlah lemak ubi kentang adalah di bawah paras 25 peratus dan membekalkan karbohidrat kompleks manakala kandungan kalorinya adalah rendah, malah dikenali sebagai bahan makanan yang bebas kolesterol.
Konsultan Pemakanan, Indra Balaratnam berkata, kentang adalah sayuran yang sihat dan penuh dengan nilai khasiat yang baik untuk kesihatan. Antara khasiat utama kentang ialah kaya dengan potassium, vitamin C (sumber kedua selepas oren) yang mampu menjamin sistem ketahanan badan dan serat atau gentian kepada gula dalam darah serta pengawalan tekanan darah.
โUbi kentang tidak menggemukkan, sebaliknya mentega atau krim yang dicampurkan ke dalam makanan atau cara kita memasak ubi kentang yang memberikan tanggapan silap bahawa makanan itu boleh membuatkan berat badan kita naik,” katanya.

Kentang juga kaya dengan vitamin seperti B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi serta tiada sodium. Selain itu mengambil ubi kentang dapat mencegah beberapa penyakit dan membantu dalam pelepasan tenaga daripada makanan yang kita makan.
Katanya, khasiat antioksidan dalam ubi kentang memberikan kebaikan untuk melindungi sel daripada radikal bebas. Begitu juga kandungan mineralnya dapat membantu membina tulang dan gigi yang kuat manakala karbohidrat kompleks tinggi terdapat pada ubi kentang adalah sebagai sumber baik untuk tenaga.
“Makan kentang yang belum dikupas kulitnya ia dapat menambahkan serat dalam pengambilan makanan anda. Mengambil serat dan air dapat mencegah sembelit dan mengurangkan kepedihan rasa lapar. Kentang merupakan makanan yang bebas gluten. Gluten merupakan bahan protein yang terdapat pada bijirin seperti gandum, barli dan rai. Para pesakit yang menghidap penyakit gangguan gastrousus mendapat manfaat besar daripada kentang,” katanya lagi.
Kentang dinyahhidrat amat sesuai menjadi bahan pengganti tepung yang mengandungi gluten. Kentang juga sesuai dengan semua peringkat umur dan budaya, kentang boleh menjadi makanan bayi yang baru bercerai susu.
Dalam piramid makanan, Indra berkata, dua biji kentang bersaiz kecil sama dengan satu mangkuk nasi, dua keeping roti dan satu setengah mangkuk mi. Tambahnya lagi, kentang mengandungi potassium tinggi yang mampu mengurangkan risiko hipertensi dan strok selain melindungi jantung.
Kentang juga dapat menolong transmisi pusat saraf dan melawan dinyahhidrat. Kentang juga mengandungi vitamin C, vitamin B6 dan fiber. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang dapat membantu menstabilkan sel yang rosak dan meningkatkan pengeluaran kolagen yang dapat membantu merawat luka dan kesihatan gusi.
Kentang juga mengandungi 60 fitokimia dengan bahan antioksida. Bahan tersebut dapat membantu mencegah penyakit kardiovaskular, masalah pernafasan dan beberapa jenis kanser lain.
*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik
Jadikan UtusanTV โshortcutโ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โAdd to Homescreenโ
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, TikTok, Instagram & Telegram

