TASTY Touch Catering bermula lebih dari 10 tahun yang lalu sebagai sebuah dapur kecil di Cheras, Kuala Lumpur, dengan impian untuk menyatukan orang ramai melalui makanan yang luar biasa.
Syarikat yang dimiliki oleh Tasty Touch PLT ini diuruskan oleh pasukan profesional yang diketuai oleh Pengurus Tasty Touch, Nor Fazliana. Sejak itu, ia telah berkembang menjadi nama yang dikenali dalam industri katering di Lembah Klang.
Tasty Touch sangat terkenal dengan kepakaran dalam hidangan ringan (finger food) dan makanan pembuka selera yang menarik secara visual. Ia menjadi hidangan fusion yang menggabungkan cita rasa tempatan dengan teknik antarabangsa.
Antara menu yang kerap mendapat permintaan tinggi termasuk Grilled Moroccan Mint Lamb Chop, yang sering menjadi pilihan utama dalam pakej BBQ.
Selain itu, makanan popular lain seperti Buttermilk Chicken, Lemon Chicken dan Prawn in Creamy Salted Egg. Bahkan hidangan Nasi Lemak dan Tuna Sandwich juga sering menerima pujian daripada pelanggan korporat.
Menangi anugerah Best Corporate and Private Catering 2026
Tasty Touch mempunyai keupayaan untuk mengendalikan pelbagai skala acara, daripada majlis peribadi yang kecil sehingga ke gala korporat besar yang melibatkan sehingga 5,000 peserta.
Antara pelanggan besar mereka termasuk sektor perbankan dan korporat seperti Maybank, IBM, Acer, UOB Bank, dan Herbalife Malaysia. Selain institusi Pendidikan seperti Taylor’s College, SEGi College, dan Raffles College serta agensi kerajaan.

Tasty Touch juga berdaftar dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan sistem ePerolehan, membolehkan mereka mengendalikan kontrak kerajaan.
Tidak seperti katering tradisional yang mempunyai set tetap, mereka menawarkan menu yang boleh diubah suai sepenuhnya mengikut bajet, keperluan diet, dan selera pelanggan.

Lebih membanggakan, syarikat yang memegang status Halal Jakim ini telah memenangi anugerah “Best Corporate and Private Catering 2026” daripada ASEAN Food & Travel.
Banyakkan pakej ‘healthy menu’
Menyentuh mengenai cabaran utama yang dihadapi, Tasty Touch memberitahu, mereka berdepan dengan cabaran dalam menguruskan logistik untuk acara berskala besar dan pesanan pada waktu singkat (short notice).
Namun, dalam mengatasinya, Tasty Touch mempraktikkan Sistem Aliran Kerja 9-Langkah iaitu proses pesanan yang sistematik daripada sebut harga sehingga pengesahan pesanan (EOC) untuk memastikan ketepatan logistik.
Malahan, mereka turut melaksanakan Peraturan 4 Jam untuk keselamatan makanan dan tempoh persediaan minimum 90 minit sebelum acara bagi menjamin kualiti hidangan.

Bagi memenuhi trend semasa pelanggan, Tasty Touch dalam rangka untuk memperluaskan “Interactive Action Stations” dan stesen makanan secara langsung (live stations). Selain itu, mereka juga akan memperkenalkan lebih banyak pakej “Healthy Menu” dan pilihan vegetarian yang kreatif.
Pelanggan yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui saluran laman sesawang www.tastytouch.com.my atau email [email protected]. Boleh juga hubungi 011-3158 6590 (Yazid), 014-372 1120 (Puganeswary), atau 010-274 7950 (Pengurus – Nor Fazliana).

Penulis merupakan Pengarang Wanita & Hijab di UtusanTV. Berpengalaman selama lebih 12 tahun dalam dunia kewartawanan.
Sebelum menyertai UtusanTV, penulis pernah bertugas di sebuah syarikat media cetak bermula pada tahun 2007.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama berkaitan kewanitaan, korporat, personaliti, kesihatan, kecantikan, kisah masyarakat, pelancongan, fesyen dan banyak lagi.
Jika ada sebarang jemputan acara, pelancaran produk atau sidang akhbar, boleh hubungi penulis menerusi email : [email protected].

