Lepaking Six7 Berwajah Baharu, Tawar Suasana Lebih Santai dan Kondusif

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Medan selera popular di Jalan Gombak, Lepaking Six7, kini berwajah baharu lebih moden, santai dan mesra keluarga menjadikannya antara ‘port lepak’ kaki makan di sekitar Gombak dan Lembah Klang.

Majlis pembukaan semula premis tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali, pada Khamis lalu.

Pembukaan semula ini menandakan transformasi baharu Lepaking Six7 yang mengangkat konsep estetika moden berinspirasikan elemen kontena dan ruang terbuka, sekali gus mewujudkan persekitaran yang lebih kontemporari, selesa dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Armizan Mohd Ali menandatangani plak perasmian sempena pembukaan semula Lepaking Six7, destinasi ‘port lepak’ popular buat kaki makan di Jalan Gombak.

Kepelbagaian Menu dan Kemudahan Moden

Menghimpunkan 20 pengusaha makanan tempatan, Lepaking Six7 menawarkan lebih 400 pilihan menu yang merangkumi masakan Melayu, Ala Thai, Cina, Barat, Nusantara serta aneka kek dan pastri.

Selain mengekalkan kualiti hidangan, premis ini turut menawarkan harga makanan yang berpatutan dan sesuai untuk dinikmati seisi keluarga.

Bagi meningkatkan keselesaan pelanggan, beberapa kemudahan baharu turut disediakan, antaranya:

Ruang berhawa dingin berkapasiti sehingga 120 orang yang sesuai untuk majlis hari jadi, sidang media, mesyuarat korporat dan pelbagai acara komuniti.

Ruang mesra keluarga dan aktiviti kanak-kanak bagi memberikan keselesaan kepada ibu bapa.

Kemudahan lengkap termasuk surau lelaki dan wanita serta ruang parkir yang luas untuk kemudahan pengunjung.

Menjana Ekonomi Komuniti Setempat

Penjenamaan semula Lepaking Six7 turut memberi impak positif kepada ekonomi setempat dengan membuka peluang pendapatan kepada 20 usahawan makanan serta menyediakan lebih 30 peluang pekerjaan kepada komuniti sekitar Gombak.

Menurut wakil pengurusan Lepaking Six7, pembaharuan yang dilakukan bertujuan memastikan premis tersebut terus relevan sebagai lokasi pilihan masyarakat setempat untuk beriadah dan menikmati hidangan berkualiti.

“Kami mahu Lepaking Six7 menjadi lebih daripada sekadar destinasi makanan, sebaliknya sebuah ruang komuniti yang menghimpunkan keluarga dan golongan muda dalam suasana yang selesa dan harmoni,” katanya.

Lepaking Six7 terletak di Jalan Gombak, kira-kira 15 minit dari pusat bandar raya Kuala Lumpur. Beroperasi mulai jam 5.00 petang hingga 2.00 pagi pada Isnin hingga Khamis, manakala sehingga jam 3.00 pagi pada hujung minggu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This