Nafi hubungan rumah tangga bermasalah, Noh Salleh cakap korang semua kena tipu!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI Noh Salleh menafikan dakwaan hubungan rumah tangganya dengan Mizz Nina sedang bergolak sejak kebelakangan ini.

Ujar Noh yang juga vokalis kumpulan Hujan, khabar angin yang tersebar di media sosial itu tidak benar dan hanya bersifat fitnah semata-mata.

“Entahlah, tiada komen…Koranag semua kena tipu. Semoga berjaya (good luck)…berita palsu (fake news).

“Saya sendiri baharu dapat tahu hal tersebut hari ini selepas dimaklumkan oleh Joe (pihak pengurusan) mengenai gosip ini,” katanya kepada URTV.

Terdahulu, timbul spekulasi hubungan rumah tangga pasangan ini sedang bermasalah seperti yang dilaporkan dalam sebuah forum di Internet.

Dalam pada itu, menurut Noh, kehadiran anak angkat, Musa yang kini berudia tujuh bulan telah banyak mengubah kehidupannya.

Malah, katanya lagi, tumpuan dia dan Mizz Nina kini diberikan sepenuhnya kepada Musa. Justeru, agak mustahil untuk timbul gosip mengatakan perkahwinan mereka kini dilanda badai.

“Apabila ada anak, sayang itu ditahap berbeza. Saya baru sedar perkara itu. Sekarang ini saya lebih fokus kepada kesihatan anak.

“Setiap dua minggu sekali, kami akan bawa anak lakukan pemeriksaan,” ujarnya.

Sekitar Mac lalu, Noh dan Mizz Nina mendedahkan telah mengambil Musa sebagai anak angkat mereka sejak awal tahun ini.

Sekadar info, pasangan ini berkahwin pada 2 Julai 2011.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This