Periksa kenderaan bawa senjata pemeriksaan rutin – Polis Johor

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PEMERIKSAAN ke atas kenderaan yang membawa keluar senjata api, peluru dan peralatan di pintu masuk Malaysia-Singapura adalah pemeriksaan rutin dilakukan pihak polis.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, ia merupakan pemeriksaan rutin sebagaimana surat kelulusan lesen interim oleh Ketua Polis Negara.

Menurut beliau, pemeriksaan semalam di laluan lori (keluar) Malaysia – Singapura di Kompleks B, Bangunan Sultan Iskandar di sini pada pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang, ia diketuai oleh Pegawai Turus Pelesenan Kontinjen Johor.

Ketika itu, Kamarul Zaman memaklumkan, polis membuat pemeriksaan ke atas sebuah treler dan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

“Senjata api, peluru dan peralatan diperiksa bagi tujuan kelepasan oleh polis dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk masuk ke Singapura.

Baca artikel berkaitan: Gaduh di kedai makan: Polis rakam percakapan 5 individu

“Ia selepas latihan ketenteraan tersebut selesai bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya dalam kenyataan.

Semalam satu pesanan suara menerusi aplikasi WhatsApp berdurasi 12 saat serta beberapa keping gambar berkaitan pemeriksaan itu menjadi tular di laman sosial.

Mengulas lanjut, Kamarul Zaman berkata, Polis Johor akan meneruskan tindakan pencegahan jenayah secara agresif bagi membanteras kegiatan jenayah di negeri tersebut dan memastikan Johor selamat didiami serta dikunjungi.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai apa juga yang ditularkan dan menyemak dahulu kesahihan maklumat tersebut.

“Polis Johor akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan kandungan, khabar angin atau berita tidak sahih,” tegas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja lelaki maut terlanggar kerbau melintas jalan di Jelebu

DUA remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 11...

More Articles Like This