PM lawat reruai, santuni rakyat di Jelajah AKM Kelantan

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat beberapa reruai di Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Orang ramai di sekitar setiap reruai yang dilawatinya kelihatan jelas cukup ceria dan teruja apabila dapat mendekati pemimpin negara secara lebih santai, malah ada yang tidak melepaskan peluang untuk berswafoto dengannya.

Antara yang dilawati Perdana Menteri ialah reruai Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan.

Baca artikel berkaitan: Perdana Menteri umum pelbagai projek pembangunan ekonomi Kelantan

Turut mengiringi beliau dalam lawatannya ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa selaku penyelaras AKM Kelantan, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan.

Terdahulu Perdana Menteri merasmikan AKM Kelantan yang bermula semalam hingga esok.

AKM Kelantan, yang bertemakan Keluarga Malaysia Keluarga Digital merupakan kesinambungan kepada penganjuran 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia diadakan di 14 lokasi di seluruh negara dengan pengisian program berbentuk perkhidmatan kepada rakyat.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

KESUMA komited realisasi aspirasi TVET 2.0 melalui dana RM50 juta

KEMENTERIAN Sumber Manusia (KESUMA) komited untuk merealisasikan aspirasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) 2.0 menerusi peruntukan dana...

More Articles Like This